Wednesday, April 15, 2015

Mencari Punca Penyakit Vs Merawat Penyakit?

sebagai seorang perawat, soalan sebegini tidak pernah lekang.

Antara mencari penawar, ada cari punca


Semalam seorang pemuda dalam lingkungan 30an berbadan tegap, datang berjumpa dengan rekemen seorang kawan.

Dengan sedikit pengalaman dan ilmu, saya boleh rasakan sintom-sintomnya..

  • darah keluar waktu pagi
  • tidak boleh kerja kuat, jika tidak akan pitam
  • sendi sakit dan mencucuk
  • batuk yang sentiasa berulang
  • demam / badan dedor pada waktu senja
  • doktor tidak dapat kesan penyakit

pendek cerita, maka rawatan diberikan.

persoalan pesakit
apakah punca penyakit?

macamana nak jawab?
kalau jujur, kita dah langgar etika
nak tipu, tidak jujur

maka nak tak nak ,terpaksalah bermuslihat
menjawab dengan tergantung
atau menjawab dengan persoalan





Monday, April 13, 2015

Rumusan Sistem Ilmu Perubatan

Kebelakangan ini saya banyak mengkaji tentang perubatan tamadun lama.
Dimana kesemua tamadun hatta masyarakat primitif (orang asli) mempunyai sistem perubatan tersendiri.

Saya memerhatikan sistem perubatan melayu, arab, islam, greek, cina, india (ayurveda), jepun dan lain-lain, maka saya boleh simpulkan bahawa kaedah mereka adalah seperti berikut



1) diagnosis

  • mata
  • lidah
  • tapak tangan
  • denyut nadi

2) ubat / herba
  • makan
  • minum
  • titis
  • renjis
  • kemam
  • dari dubur

3) ransangan anggota badan
  • reflexology
  • tepuk / ketuk / sentuhan
  • acupunture
  • urutan
  • senaman
  • bau (aromatherapy)
  • pendengaran (music therapy - seperti lagu sufi)
  • hot stone (batu panas/ bunjut panas)
  • al-kayy (besi panas)

4) membuang toksik/racun

  • muntah
  • cirit
  • bekam
  • fashdu (mengeluarkan darah dari saliran darah)
  • ear candling
  • berpeluh

5) jampi/ rukyah