Sunday, June 16, 2013

Menjawab Soalan Mengenai Pemutus Ubat









Assalamualaikum wbt...


Soalan ditanya oleh Tn. Kiausepuh mengenai pemutus ubat.

Bagai mana cara pemutus ubat itu ? adakah ada bahan yang diperlukan ?


Pemutus ubat adalah berdasarkan kepada ilmu pengamal tersebut..

Contohnya, sekiranya pemutus ubat bagi pesakit santau ialah limau nipis, ini kerana pantang penyakit santau ialah terkena limau, maka limau juga pemutusnya apabila pesakit telah sembuh.


Dalam ilmu perubatan yang saya amalkan, semua jenis penyakit yang memerlukan kepada pemutus ubat bahannya adalah seperti berikut

1. Limau nipis 3 biji, seelok-eloknya semuanya setangkai dan menghadap kiblat (jika tiada hentam sahajalah yang biasa)

2, Garam halus sedikit

3. Air mineral sebotol.


Caranya, bahan-bahan tadi dibacakan dengan doa pemutus ubat, kemudian ambil sebiji dari limau tersebut dibelah dua. Pesakit ambil belahan yang besar, perawat ambil belahan yang kecil. Belahan limau tadi kemudiannya  dicecah sedikit ke dalam garam halus. Pesakit dan Perawat kemudiannya merasa belahan limau tadi, masin dan masamnya limau tersebut.

Kemudian, sebiji limau tersebut dibawa balik pesakit, dan perawat mengambil sebiji yang baki. Yang itu digunakan oleh pesakit dan perawat samada untuk dimasak atau diminum di rumah. Air tadi digunakan oleh pesakit untuk tujuan minuman.

Setelah selesai, kebiasaanya pesakit akan memberikan sesuatu yang boleh dibawa ke solatsebagai tanda terima kasih. Ada hikmahnya..  Contohnya, kopiah, songkok , tasbih, kain pelikat, baju melayu ,butang baju atau sebagainya... Kata guru, kereta pun boleh sebab nak pergi Surau atau Masjid kalau hujan :p

Harap saya menjawab soalan tersebut