Tuesday, August 28, 2012

Kisah Rawatan 2 - Pesakit Was-Was

Salah seorang sepupu teman, telefon di saat-saat teman2 tengah nak balik dari office. Sepupu  teman minta teman datang ke rumah, katanya dia suami-isteri hadapi masalah.. Puas teman memujuk cerita dalam telefon, barulah sepupu ini mahu cerita.

Katanya suaminya (Abang Mat) susah hati, sehingga turun berat-badannya walau makan macam biasa. Asyik merunsing dan akhirnya menjadi was-was sehingga terganggu ibadah, sehingga berwudhu berulang-ulang kali, solat berulang-ulang kali dan sebagainya. Bila sepupu teman tanya emaknya, emaknya rujuk seorang 'perawat' di kampungnya, kata Abang sudah 'terkena'. Perawat tersebut tidak berjumpa atau menebual Abang Mat, sekadar bertanya nama dan melihat gambar.

Maka dipersetujui, malam tu juga teman pergi. Sebelum pergi, teman solat sunat minta petunjuk, mintak ilham. teman sambil-sambil membelek-belek nota buku perubatan teman. Yelah, kadang-kadang kita terlepas pandang. Kadang-kadang ada doa-doa khusus untuk dibaca. Ada ulangan-ulangan yang perlu diambil perhatian.

Sampai di rumahnya, maklumlah masih musim raya, teman jamahlah kuih muih, borak sikit sebanyak. Dah 'ice-breaking' kata orang mat saleh, baru lah teman mula bertanya soalan, bagaimana pergaulan suami-isteri, perubahan sikapnya atau masalah di tempat kerja.

 Selain daripada sakit yang diberitahu isterinya, Abang Mat ada gastrik, selalu sakit perut dan dada. Dan rupanya pesakit was-was ini beliau pernah kena masa sekolah, kemudian semasa menyambung pelajaran ke 'oversea', penyakit itu baik sendiri. Selepas berbelas tahun baru datang kembali. Lagi satu, Abg Mat dan isterinya mungkin umur dalam akhir 30-an tapi Allah beri rezeki dah sampai ke Mekah menunaikan haji.

Teman pun mulakan rawatan, minta pesakit buka baju. untuk 'confirm' kan dakwaan perawat yang kata 'terkena'. Pap bersepailah jatuh beberapa bentuk barang. Teman perhati barang-barang yang jatuh. Bukan.. Ini bukan barang yang kita jangka..

Maka teman pun mula mendoakan pesakit. Semasa doa, nampak gerakan halus di kelopak mata. Teman sentuh di belakang cuping telinga. Teman nampak muka pesakit kesakitan, katanya rasa seperti jarum dan pisau menusuk ke belakang cuping telinga. Teman teruskan doa sampai rasa tajam itu hilang dan tutup rawatan dengan doa dan sapu ke seluruhan badan sebagai tanda dan isyarat selain doa dan harapan pada Allah pesakit tersebut dilindungi Allah. Selepas isu, teman pun kaunseling sikit-sebanyak.


Pemerhatian / Diagnosis

  1. Teman perhati sakit Abang Mat ini berpunca daripada perasaan was-was, dan insyaAllah bukan berpunca dari 'buatan'
  2. Penyakit Abang Mat bertambah teruk kerana pemikirannya dirosakkan dengan dakwaan 'perawat' yang mengatakan dia terkena 'buatan'. 
  3. Sekiranya jika betul dakwaan tersebut, 'perawat' tersebut telah menambah penyakit pemikiran. Merawat 'pemikiran' yang rosak lebih sukar untuk diubati daripada penyakit rohani dan gangguan.
  4. Penyakit was-was berpunca daripada gangguan syaitan termasuklah jin-jin.
  5. Was-was boleh di bahagi kepada dua (2) iaitu was-was dalam ibadah dan was-was didalam aqidah. Didalam kes ini, pesakit dikategorikan dalam was-was didalam ibadah.
  6. Untuk mengatasi penyakit was-was, pendekatan kaunseling perlu dijalankan. Mengikut pengalaman ramai perawat, tanpa kaunseling penyakit was-was sukar untuk diubati.
  7. Semasa kaunseling , perlu ditekankan pada hukum. Sebagai contoh. 
  • Hukum mengambil wudhu' berlebihan, ialah suatu pembaziran seperti hadith nabi " Rasulullah s.a.w. memperlihatkan tiga kali tiga kali dan baginda bersabda "Itulah bilangan wudhu, maka sesiapa menambah dari itu atau mengurangkan maka ia telah melakukan keburukan dan kezaliman"
  • Pengulangan bacaan Fatihah didalam solat telah menambah bilangan rukun solat, maka solat tidak sah.
  • Dan sebagainya...

Doa-Doa

  1. Al-Fatihah
  2. Selawat Tafrijiyyah
  3. Lauanzalna
  4. 3 Qul
  5. Doa Penghindar Syaitan

Friday, August 24, 2012

Kisah Rawatan 1 - Dendam Harimau

Assalamualaikum wbt,

Semalam teman dijemput oleh seorang kenalan untuk mendoakan seorang pesakit wanita di Sungai Besi. Wanita ini baru sahaja kematian suami. Sakit dialaminya bermula sebelum suaminya meninggal dunia, tetapi semakin teruk akhir-akhir ini

Diagmosis Awal

Dari pemerhatian teman, pesakit ini kelihatan sangat keletihan, nafasnya tidak cukup atau puas. Kaki pesakit ini membengkak seperti bengkak gajah. Perutnya pula membusung. Pesakitnya memberitahu perutnya membusung hanya dalam masa sebulan. Matanya bengkak menunjukkan tidak cukup tidur yang lena. Doktor di hospital mengesahkan pesakit tidak ada apa-apa masalah kesihatan.

Seperti biasa, selain pemerhatian fizikal, beberapa soalan di lontarkan untuk mengenalpasti masalah sebenar pesakit ini. Pesakit juga menghidap diabetes tetapi didalam keadaan terkawal. Bacaan gula ialah 6.5 dengan ubat. Pesakit cuba untuk mengatakan beliau hanya menghidap sakit fizikal, buan gangguan.




Rawatan Dimulakan


Teman memulakan rawatan, dengan istighfar memohon keampunan pada Allah dan memuji-muji Allah dengan Nama-NamaNya memohon hidayah petunjuk.

"Ya Allah, pesakit ini Engkau hantar pada saya. Tiada upaya saya untuk menyembuhkan pesakit ini, melainkan memohon kepadaMu Ya Allah, sihatkanlah kembali pesakit ini"

Ayat-ayat ruqyah dibacakan, yang mana terlintas dikepala di tuturkan sambil hati memohon pada Allah. Sedang leka membaca ayat-ayat Allah, pesakit mengangkat tangan ke depan-kebelakang akhir sekali hendak mencekik teman.


Teman : Eh, eh.. Ni ape ke hal pulak ni

Pesakit: Jangan ganggu aku.. Ko tau aku siapa?

Teman : Eh.. Rimau ke ? Ke kucing?.... Ha.. Apa sebab kau ganggu makcik ni?

Pesakit : Ah!! Kau tak perlu sibuk.. Jangan ganggu aku. Aku hendak bunuh dia..

Teman : Kau nak bunuh dia? Dah tu kenapa kau tipu kata anak tiri dia yang buat. Menipu je kau ni.

Pesakit : Hahaa.. Aku nak fitnah dia. Sebab dia telah buang harta aku. Habis harta aku.

Teman : Oh.. Harta apa? Kain secebis yang puja kau tu?  (teman teka je , kih kih kih :P)

Pesakit : Kau tahu pasal kain tu? Dia dah buang harta aku.. Aku nak bunuh dia.. Aku dendam sama dia.

Teman : Kain secebis tu pun nak berkira. Kan sekarang ni banyak promosi kain.

Pesakit : Kau main-main dengan aku yer.. Ngaumm!!

Teman : Macam ni la. Kita selesai cara baik. Kau nak bunuh dia, tapi dah berbulan dia tak mati. Orang         kalau professional sekejap je jalan. Maksudnya kat sini, ajal maut di tangan Allah. Bukan ajal dia mati sebab kau. Takut pada Allah. Jangan ganggu dia. Nanti Allah azab kau di akhirat.

Pesakit : Ah.. Aku tak takut.. Kubur lain-lain.

Teman pun mula bacakan ayat menceritakan perihal neraka Allah.. Pesakit mula kepanasan.. Pesakit akhirnya agresif terus mencakar teman dan cuba cekik leher. Teman tenang biarkan tangan pesakit di leher tapi tangan terus standby di perut pesakit dan teruskan bacaan

Pesakit: Mati aku, mati... lepaskan aku.. mati... mati..

Teman : Eh, tadi kata kubur lain-lain. Ha. Pilih keluar dengan aman atau saya teruskan bacaan?

Pesakit:  Aku keluar, aku keluar...

Beberapa minit kemudian, pesakit sedar.. Teman pun doa pada air dan pada bahan.


Rahsia Yang Tidak Diceritakan

Pesakit setelah sedar, menceritakan suaminya memang mengamalkan ilmu yang diwarisi dari bapanya. Bapa mertuanya seorang bomoh di kampungnya di Johor. 'Kelebihan' bapa mertuanya ialah bila dijemput orang untuk kerumah, bapa mertuanya akan kata " Kau baliklah dulu nanti aku sampai". Tapi bila tukang jemput sampai ke rumah , bapa mertuanya telah sampai di rumah pesakit.

Pesakit juga sebenarnya telah masuk ke bilik peribadi suaminya, dan melihat terdapat rajah-rajah, wafaq-wafaq dan kain-kain di bilik suaminya. Pesakit diam-diam telah membuang semua barang-barang suaminya. Semenjak itu, suaminya menjadi kurang siuman sehingga menjadi panas baran, kencing dan berak merata-rata dalam bilik. Tidak lama kemudian, suaminya meninggal dunia.

Sebelum meninggal, suaminya sempat menjatuhkan 'sumpah' " Sakit kepala kau tidak akan baik sampai bila-bila"


Rawatan

Selain daripada sesi mendoakan pesakit, sebotol air didoakan untuk dibuat mandi dan di minum.

Selain itu, teman menggunakan daun sireh bertujuan untuk mengecutkan bengkak-bengkak dikaki. Kaedahnya ialah dengan menyapu sedikit minyak pada daun sireh kemudian dilayurkan diatas api.
kemudian dilekap di tempat yang bengkak dan dibiarkan sehingga jatuh sendiri.


Kesan Rawatan

Selepas didoakan , pesakit rasa ringan.. perut rasa lembut.. tetapi pada sebelah petang ,terasa keras kembali. Di sebelah malam pesakit mula cirit-birit.

Mudah-mudaha pesakit sembuh.. Mungkin selepas ini, kena di ikhtiarkan untuk 'menebuk' busung itu Wallahualam..