Tuesday, July 9, 2013

Rasukan Kembali

Assalamualaikum wbt,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Melalui Bulan Ramadhan, bulan penuh keampunan, penuh peluang pahala dan pesta ibadah. Mudah-mudahan kita sama-sama berlumba-lumba mencari keredhaan Allah s.w.t

Dua tiga bulan lepas, seorang pesakit datang berjumpa saya.
Pesakit merupakan seorang pegawai kerajaan , mengadu jiwa resah, sakit badan yang melampau, letih dan lesu, dan getaran di dalam badan. Sintom-sintom ini berlanjutan hampir setahun dan pesakit kini di dalam cuti sakit

Saya diagnosis penyakit ini sebagai terkena santau dan gangguan.
Apabila dibacakan doa kepada pesakit, kaki dan badan pesakit akan terketar-ketar.
Dalam beberapa sesi, alhamdulillah gangguan tersebut hilang walaupun tidak sepenuhnya
cuma sisa-sisa bahan santau masih ada dan perlu dikeluarkan.
Pesakit telah nampak perubahan ketara dan telah mula kembali bertugas

Baru-baru ini pesakit kembali mengadu sakit kuat kembali
Hampir seperti keadaan asal
Setelah didesak, akhirnya terbongkar,pesakit mendapat rawatan daripada pihak lain.
Pesakit mengaku sebenarnya pernah mendapat rawatan daripada perawat tersebut sebelum berjumpa dengan saya. Tetapi oleh kerana serangan sakit itu datang tiba-tiba, maka pesakit berjumpa kembali perawat tersebut yang kebetulan pejabatnya berdekatan.

Saya tanyakan kaedah rawatan tersebut
Kaedah rawatan tersebut  menggunakan ruqyah syariah
merupakan kaedah rawatan yang dipelajari semasa beliau belajar di timur tengah
bila beliau ruqyah, beliau berinteraksi dengan jin ..
bertanya soalan dan minta jin respon dengan menggerakkan jari atau tangan
contoh,berapa ekor jin? 50 ? jin gerak jari .. betul..

Persoalannya kenapa makin teruk ?

Daripada soal-siasat, saya membuat satu hipotesis
perawat tersebut memanggil jin masuk ke dalam badan dan berinteraksi
Pada saya, inilah yang menjadi masalah
Kita doa supaya jin itu duduk diluar badan , jauh dari kita , keluarga dan kediaman
perawat ini panggil balik jin soh dalam badan dalam keadaan tidak sedar menyusahkan pesakit
masyaAllah.....
Cadangan saya,

  1. janganlah percaya dengan jin. Jin tak boleh dipercayai.  
  2. rawatlah dengan niat pesakit sembuh atau dijauhi dan dihindari dari gangguan. Janganlah niat untuk berkomunikasi dengan jin. Komunikasi dengan jin bukanlah perkara yang baik (rujuk point 1)
  3. Kalau pesakit kerasukan , cepatlah sedarkan nya.
  4. Kalau teringin komunikasi, biarlah komunikasi satu hala iaitu arahan kita kepada jin suruh dia keluar dan jauh pesakit. Tak perlu harap jin itu reply
  5. Kalau ingin komunikasi dua hala, suruhlah jin itu datang jumpa kita dengan keadaan jelmaan dia, bukan melalui pesakit. Dah jadi perawat, takkan takut kot. Kalau tidak dapat berbuat demikian, balik pada point 2 dan point 4

Wallahualam.

Sunday, June 16, 2013

Menjawab Soalan Mengenai Pemutus Ubat









Assalamualaikum wbt...


Soalan ditanya oleh Tn. Kiausepuh mengenai pemutus ubat.

Bagai mana cara pemutus ubat itu ? adakah ada bahan yang diperlukan ?


Pemutus ubat adalah berdasarkan kepada ilmu pengamal tersebut..

Contohnya, sekiranya pemutus ubat bagi pesakit santau ialah limau nipis, ini kerana pantang penyakit santau ialah terkena limau, maka limau juga pemutusnya apabila pesakit telah sembuh.


Dalam ilmu perubatan yang saya amalkan, semua jenis penyakit yang memerlukan kepada pemutus ubat bahannya adalah seperti berikut

1. Limau nipis 3 biji, seelok-eloknya semuanya setangkai dan menghadap kiblat (jika tiada hentam sahajalah yang biasa)

2, Garam halus sedikit

3. Air mineral sebotol.


Caranya, bahan-bahan tadi dibacakan dengan doa pemutus ubat, kemudian ambil sebiji dari limau tersebut dibelah dua. Pesakit ambil belahan yang besar, perawat ambil belahan yang kecil. Belahan limau tadi kemudiannya  dicecah sedikit ke dalam garam halus. Pesakit dan Perawat kemudiannya merasa belahan limau tadi, masin dan masamnya limau tersebut.

Kemudian, sebiji limau tersebut dibawa balik pesakit, dan perawat mengambil sebiji yang baki. Yang itu digunakan oleh pesakit dan perawat samada untuk dimasak atau diminum di rumah. Air tadi digunakan oleh pesakit untuk tujuan minuman.

Setelah selesai, kebiasaanya pesakit akan memberikan sesuatu yang boleh dibawa ke solatsebagai tanda terima kasih. Ada hikmahnya..  Contohnya, kopiah, songkok , tasbih, kain pelikat, baju melayu ,butang baju atau sebagainya... Kata guru, kereta pun boleh sebab nak pergi Surau atau Masjid kalau hujan :p

Harap saya menjawab soalan tersebut