Wednesday, January 27, 2016

Apa signifikasi kisah malaikat dan muawwizatain ??

Assalamualaikum wbt.

Ramai yang mengetahui mengenai kisah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w disihir, maka suatu hari baginda Rasul bermimpi didatangi dua orang malaikat,seorang berdiri di hujung kaki dan seorang lagi berdiri di bahagian kepala.

Apakah signifikasi kedudukan itu ? mengapa tidak dua-dua dikepala ? mengapa tidak kedua disebelah kiri atau kanan?

kisah tersebut adalah salah satu clue atau petunjuk bagaimana untuk memecahkan sihir !!!

Monday, January 18, 2016

Berkenalan Dengan Penyakit & Variasi Teknik Perubatan

Bismillah

Pepatah mat saleh ada menyebut  "Real Cause, real cure" atau boleh kira-kira diterjemahkan sebagai dengan mengenalpasti punca sebenar membolehkan kesembuhan yang sebenar'

Itulah ilmu bertaaruf dengan penyakit.
kita bersesuai kenal
banyak cara bersuai kenal..


Baru-baru ini seorang pesakit menelefon,
dia telahpun membuat segala bentuk rawatan
vitamin, herba, urut, ketuk, tepuk,
rukyah, bedah batin, bomoh
bekam sunnah, bekam rukyah, akupuntur
, urut, kyropratic, yumeiho dll...

maka disimpulkan
banyak darah kotor
saka, jin sihir santau
toksik, racun, dan darah..

berpuluh perawat berjumpa
beribu wang habis

berjumpa saya dengan penuh harapan,
semua nama perawat besa dikeluar
saya kata dah kena bawa kain putih yang boleh selubung badan
dan surah yassin...
tempat yang dikorek 3kaki x 7kaki x 7 kaki dalam..
saja sebagai gurauan...

maka untuk suai kenal...
kita dengar keluhannya...
kemudian kita periksa nadinya
lihat lidahnya
tanya corak pemakanannya
bagaimana tidurnya
perhubungan suami isteri
bau badannya, warna dan bentuk tinjanya
pekerjaannya
keadaan di pejabat
emosinya, apa yang menganggu

kenali ruhnya pesakit
kenali ruh penyakit
kenali ruh & kekuatan perawat,

maka ditentukan kaedah rawatan yang sesuai
rawatan yang tepat mengambil masa yang sekejap untuk tindakbalas.

kenali teknik rawatan kita,
dapatkan maklumat dari org yg mendokongnya
dan juga org yang mengkritiknya
fahami kekuataannya
tahu kelemahannya
baca penyelidikan (penyelidikan berbetuk ilmiah, buku, jurnal)
dari situ kita boleh menenttukan rawatan


rawatan yang sama, untuk penyakit berbeza
rawatan yang berlainan, untuk penyakit yang sama..

alhamdulillah, respon hari ini..
baik..
mengantuk... rasa nak tidur (hormon2 pembaikan sedang merawat badan)

mudah-mudahan Allah kurniakan kesembuhan






Wednesday, January 13, 2016

Sakit & Perubatan Islam Dan Kaitan Dengan Gangguan Jin & Dosa

Bismillahirrahmanirrahim....

Tidaklah Allah menurunkan satu penyakit itu melainkan Allah turunkan juga penawar.

Petunjuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w didalam ini sangat banyak
Apabila seseorang mengadu sakit ,maka Nabi menggunakan madu
Ada yang sakit, nabi anjurkan berbekam..
Ada yang sakit, nabi anjurkan ruqyah.
Ada yang sakit, nabi suruh rujuk kepada sesuatu kaum (tabib)
Ada pesakit yang nabi memberi pilihan, untuk sabar dan dapat syurga, atau nabi doakan kesembuhan

Maka, fahamlah kita sesuatu penyakit itu hendaklah dikenal sebelum sesuatu rawatan itu dibuat.

Dulu saya pernah menyebut, perawat perlu bersuai kenal dengan penyakit
Maka timbullah ilmu diagnosis.
Diagnosis ini merangkumi yang zahir dan yang batin, yang lahir dan yang tersembunyi.
Dari situlah satu formulasi dapat diputuskan.

Diagnos yang tepat dan pemilihan rawatan yang betul,
menjanjikan kesan yang cepat.
apapun ianya dengan izin Allah s.w.t.

Kebelakangan ini ramai yang menyebut2 tentang memulihkan hati
kerana lantaran dosa yang banyak , maka diri sakit.
tidak dinafikan... bukan menafikan..
tetapi kes itu 1 dalam seribu..

yang berjaya sahaja kita war-warkan
dicanang2 dihebah gembut..
tapi yang tidak berjaya dengan menthod ini, kita senyapkan
kita salahkan perkara lain
salahkan hati itu kotor
jiwa banyak dosa...
kena banyak istighfar.. kena banyak buat amalan..
kena tinggalkan amalan-amalan lama.. kononnya amalan-amalan itu mengundang jin..
atau jin itu sudah menebal
tapaknya sudah lama..

tanpa sedar, kita seolah-olah mengaku kita nampak perkara ghaib (dosa, jin, sihir)
sedangkan wali Allah juga tidak tahu, melainkan Allah memperkenankan.
hanya kerana formulasi ubat yang diberikan tidak berjaya,
maka dipersalahkan yang tidak boleh dapat jawapan.
siapa yang dapat mengatakan seseorang itu berdosa & berpahala, melainkan diri sendiri
kalaulah dosa ini ada keputusan makmal.. boleh baca figure nya..
tp sebab perkara itu tersembunyi dalam rahsia Allah,

Berapakah perasaan seseorang bila method tidak berjaya kita katakan banyaknya dosa.
kita salahkan jinnya
kita salahkan keturunannya.

Baliklah pada taaruf tadi..
Para ulama' dengan petunjuk nabi telah pun ajarkan
satu kaedah 'lab test' untuk mencari punca penyakit
dan untuk mencari ubat yang sesuai
dimana scan ini melampaui segala gamma ray, x-ray, dan lain2/


apa itu lab test nya?
iaitu dengan zikir-zikir Asma-AsmaNya dan solat istikharah..
cubalah para tabib, doktor sekalian.
gunakan 'scan' ini...

mungkin memakan masa 5 minit..
sehari
7 hari
bahkan 100 hari....

lebih baik daripada kita cuba menyalahkan benda yang kita tidak ada ilmu padanya.