Monday, January 18, 2016

Berkenalan Dengan Penyakit & Variasi Teknik Perubatan

Bismillah

Pepatah mat saleh ada menyebut  "Real Cause, real cure" atau boleh kira-kira diterjemahkan sebagai dengan mengenalpasti punca sebenar membolehkan kesembuhan yang sebenar'

Itulah ilmu bertaaruf dengan penyakit.
kita bersesuai kenal
banyak cara bersuai kenal..


Baru-baru ini seorang pesakit menelefon,
dia telahpun membuat segala bentuk rawatan
vitamin, herba, urut, ketuk, tepuk,
rukyah, bedah batin, bomoh
bekam sunnah, bekam rukyah, akupuntur
, urut, kyropratic, yumeiho dll...

maka disimpulkan
banyak darah kotor
saka, jin sihir santau
toksik, racun, dan darah..

berpuluh perawat berjumpa
beribu wang habis

berjumpa saya dengan penuh harapan,
semua nama perawat besa dikeluar
saya kata dah kena bawa kain putih yang boleh selubung badan
dan surah yassin...
tempat yang dikorek 3kaki x 7kaki x 7 kaki dalam..
saja sebagai gurauan...

maka untuk suai kenal...
kita dengar keluhannya...
kemudian kita periksa nadinya
lihat lidahnya
tanya corak pemakanannya
bagaimana tidurnya
perhubungan suami isteri
bau badannya, warna dan bentuk tinjanya
pekerjaannya
keadaan di pejabat
emosinya, apa yang menganggu

kenali ruhnya pesakit
kenali ruh penyakit
kenali ruh & kekuatan perawat,

maka ditentukan kaedah rawatan yang sesuai
rawatan yang tepat mengambil masa yang sekejap untuk tindakbalas.

kenali teknik rawatan kita,
dapatkan maklumat dari org yg mendokongnya
dan juga org yang mengkritiknya
fahami kekuataannya
tahu kelemahannya
baca penyelidikan (penyelidikan berbetuk ilmiah, buku, jurnal)
dari situ kita boleh menenttukan rawatan


rawatan yang sama, untuk penyakit berbeza
rawatan yang berlainan, untuk penyakit yang sama..

alhamdulillah, respon hari ini..
baik..
mengantuk... rasa nak tidur (hormon2 pembaikan sedang merawat badan)

mudah-mudahan Allah kurniakan kesembuhan






No comments:

Post a Comment