Wednesday, December 30, 2015

Kenapa Beramal Tapi Tak Baik-Baik & Formula Mencari Kesembuhan!!

Persoalan 1

Ramai beranggapan kalau sakit diganggu jin, maka perlu beramal atau tingkatkan amalan,
Bila beramal jin tak datang ganggu, atau
kalau beramal gangguan kurang
bila berhenti beramal, gangguan kembali!!
kenapa ??!!


Persoalan 2

Kenapa bila dirawat, tidak merasuk.
tapi gangguan masih ada!!
bila dirawat, sebentar.. balik kena balik!!



Itu adalah salah satu persoalan yang sukar dijawab
Dan sehingga kini persoalan-persoalan  itu masih lagi keudara!!
Persoalan itu paling sukar untuk dijawab
Hingga kini ramai tidak ketemu jawapannya.
Baik untuk perawat , mahupun pesakit!!

Apa dia puncanya? Apa dia sebabnya??



Formula Mencari Kesembuhan


Maka formula manakah yang terbaik untuk mencari kesembuhan??
Maka beginilah pandangan hamba,,

setiap seseorang itu kesnya berbeza-beza.
maka kita bertaaruf atau bersuai kenallah dengan penyakitnya
barulah mudah..
tetapi mintalah dipermudah..

orang tua-tua dulu kata, tak kenal maka tak cinta.
selepas kenal, kajilah kelemahan & kekuatannyanya
tiada siapa yang akan tunjukkan kelemahan diri termasuklah diri kita
melainkan kita sendiri mempunyai cara untuk mengatasi

dah kenal, dah kaji kelemahan.. dah kaji kekuatan...
ukurlah kekuatan kita..
pada tenagakah ? pada akalkah ? pada kekuatan dalamankah?

setelah kita berkenalan dan memahaminya
sedikit sebanyak telah kita kenal hakikatnya
nah, kalau dah tahu hakikatnya, apa lagi masalahnya?!






Sunday, December 27, 2015

Penyakit Gila / Tidak Siuman

Bismillahirrahmanirrahim


Pengenalan
---------------

Gila atau tidka siuman merupakan satu peringkat (stage) dimana seseorang itu samada fikirannya, emosinya atau tindakannya bercelaru dan tidak seperti normal seperti kebiasaan dirinya atau melewati normal masyarakat.

Gila boleh berpunca samada dari kecederaan pada otak, tekanan perasaan, kecelaruan fikiran atau peristiwa yang dialaminya.  Ini menyebabkan fikiran mereka atau tindakan mereka sukar diramal dan difahami sehingga sering disalah faham.

Mereka ini tidak smeestinya kelihatan sakit, tetapi boleh kelihatan normal, berpewatakan cantik, menarik dan menawan, Ada yang menganggu orang lain tetapi ada yang langsung tidak menganggu, cuma bermain difikiran mereka.



Permasalahan
----------------------

Orang yang menjadi gila sering dikatakan menghadapi masalah gangguan jin. Tetapi ramai tidak mengetahui bahawa ianya juga kerana masalah jiwa. Walaupun tidak dinafikan terdapat gangguan tetapi kes-kes ini perlu diteliti dengan lebih baik. Perawat perlulah pandai membezakan samada dengan pandangan mata , hati dan sebagainya.

Antara jenis-jenis penyakit yang benar-benar membolehkan pesakit menjadi gila adalah seperti berikut:

1. gangguan
2. sihir gila
3. santau
4. gangguan saka
5. dan lain-lain


Gangguan pada asalnya, tetapi berubah menjadi ............
---------------------------------------------------------

Banyak pesakit yang telah dijumpai memang pada asalnya mengalami gangguan jin, tetapi mereka pandai menggunakan peluang untuk menimbulkan perhatian, simpati dan sebagainya sehingga mengada-adakan cerita.

Banyak kes-kes dipusat rawatan, kita dapati pesakit meronta-ronta, tetapi aneh nya sekiranya pakaian terselak, mereka akan pakaikan kembali. Perkara itu jarang berlaku kepada pesakit yang benar-benar kerasukan, kerana mereka tidak dapat mengawal diri mereka, Setelah diselidiki, ternyata mereka mahukan perhatian sehingga sanggup berpura-pura kerasukan!!!


Saka Atau Ilmu Leluhur
-------------------------------

Tidak dinafikan saka juga banyak menganggu menjadikan seseorang itu gila. Suatu masa dahulu, terdapat seorang pesakit menceritakan bahawa diambil kesempatan bapanya..  Tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh keluarga dan dikatakan anaknya ini mengadakan cerita. Ini memberikan suatu tamparan kepada anaknya dan ianya mengulang-ulang kali bersumpah!!! Penjelasan yang boleh difikirkan penulis adalah gangguan makhluk halus yang mungkin merupakan didalam leluhur mereka atau dihantar oleh mereka yang khianat. Gangguan imenjadikan keluarga tersebut sentiasa berpecah dan sukar untuk bersatu.


Santau
------------------------

Santau juga menyebabkan seseorang itu boleh menjadi gila!!  Dahulu terdapat pesakit yang memegang pisau kerana perasaan takut walaupun disiang hari,