Sunday, December 27, 2015

Penyakit Gila / Tidak Siuman

Bismillahirrahmanirrahim


Pengenalan
---------------

Gila atau tidka siuman merupakan satu peringkat (stage) dimana seseorang itu samada fikirannya, emosinya atau tindakannya bercelaru dan tidak seperti normal seperti kebiasaan dirinya atau melewati normal masyarakat.

Gila boleh berpunca samada dari kecederaan pada otak, tekanan perasaan, kecelaruan fikiran atau peristiwa yang dialaminya.  Ini menyebabkan fikiran mereka atau tindakan mereka sukar diramal dan difahami sehingga sering disalah faham.

Mereka ini tidak smeestinya kelihatan sakit, tetapi boleh kelihatan normal, berpewatakan cantik, menarik dan menawan, Ada yang menganggu orang lain tetapi ada yang langsung tidak menganggu, cuma bermain difikiran mereka.



Permasalahan
----------------------

Orang yang menjadi gila sering dikatakan menghadapi masalah gangguan jin. Tetapi ramai tidak mengetahui bahawa ianya juga kerana masalah jiwa. Walaupun tidak dinafikan terdapat gangguan tetapi kes-kes ini perlu diteliti dengan lebih baik. Perawat perlulah pandai membezakan samada dengan pandangan mata , hati dan sebagainya.

Antara jenis-jenis penyakit yang benar-benar membolehkan pesakit menjadi gila adalah seperti berikut:

1. gangguan
2. sihir gila
3. santau
4. gangguan saka
5. dan lain-lain


Gangguan pada asalnya, tetapi berubah menjadi ............
---------------------------------------------------------

Banyak pesakit yang telah dijumpai memang pada asalnya mengalami gangguan jin, tetapi mereka pandai menggunakan peluang untuk menimbulkan perhatian, simpati dan sebagainya sehingga mengada-adakan cerita.

Banyak kes-kes dipusat rawatan, kita dapati pesakit meronta-ronta, tetapi aneh nya sekiranya pakaian terselak, mereka akan pakaikan kembali. Perkara itu jarang berlaku kepada pesakit yang benar-benar kerasukan, kerana mereka tidak dapat mengawal diri mereka, Setelah diselidiki, ternyata mereka mahukan perhatian sehingga sanggup berpura-pura kerasukan!!!


Saka Atau Ilmu Leluhur
-------------------------------

Tidak dinafikan saka juga banyak menganggu menjadikan seseorang itu gila. Suatu masa dahulu, terdapat seorang pesakit menceritakan bahawa diambil kesempatan bapanya..  Tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh keluarga dan dikatakan anaknya ini mengadakan cerita. Ini memberikan suatu tamparan kepada anaknya dan ianya mengulang-ulang kali bersumpah!!! Penjelasan yang boleh difikirkan penulis adalah gangguan makhluk halus yang mungkin merupakan didalam leluhur mereka atau dihantar oleh mereka yang khianat. Gangguan imenjadikan keluarga tersebut sentiasa berpecah dan sukar untuk bersatu.


Santau
------------------------

Santau juga menyebabkan seseorang itu boleh menjadi gila!!  Dahulu terdapat pesakit yang memegang pisau kerana perasaan takut walaupun disiang hari,

No comments:

Post a Comment