Wednesday, March 4, 2015

Detik Kekalahan Seorang Perawat

Lama sudah terlibat dalam dunia perawatan
sejak zaman forum, mahupun website
banyak kursus telah dihadiri
bertukar ilmu dengan kawan
berguru dengan yang terkenal mahupun perseorangan

ramai ketika itu ikhlas merawat
ibarat tunas atau pucuk bunga baru ingin berkembang cantik
akhirnya setelah kembang , menjadi layu..
atau layu sebelum kembang

mungkin kerana terlalu fikirkan untuk meningkatkan 'makam' dan 'martabat'
tetapi lupa untuk menutup kelemahan
zikir beribu kali, tetapi lupa untuk muhasabah
mungkin kerana sudah terlalu tinggi ke 'langit'
hingga lupa untuk menoleh ke 'bumi'

Usah dibicarakan dulu penyakit-penyakit hati
kerana yang itu sukar untuk difahami
atau yang tak mahu menghayati
walaupun mulutnya menyuruh rakannya berzikir 'ya Quddus' untuk sucikan hati


pada pengamatan saya, maka perkara yang boleh merosakkan perawat itu adalah tiga 'ta'

wani'ta'
takh'ta'
har'ta'


1. wanita

contohnya

kalahnya seorang perawat itu kerana wanita
yang datang dirawat itu cantik, muda, bergaya
dari telefon ke whatsapp
akhirnya diambil 'kesempatan' atas kelemahan wanita itu

bukanlah ertinya mengambil kesempatan itu mencabul kehormatan
walaupun ada yang berbuat demikian
tapi yang lebih penting mainkan perasaan
dibuai hanyut cinta yang amat
tersilap langkah, hanyut dibuai..



2. takhta

contohnya

berapa ramai mahukan takhta
mahu menjadi pemimpin
walaupun tidak disukai pimpinannya
tetap berusaha mengekalkan kuasa
manipulasi kesemua nya supaya kekal berkuasa
masih tidak mahu turun walaupun jelas isyaratnya 


ada juga cuba melobi diri
mahu jadi pengerusi atau nazir
atau wakil sebegini-begini
memegang jawatan parti
bila berucap , ikhlas tidak mahukan takhta
orang lain tolak dia katanya

ada juga mahupun menjadi juara
kononnya dirinya saja yang benar, yang lain khurafat
jangan menggunakan petua
takut ada saka
sedangkan dia lupa, didalam hukum
al-a'dah muhkamat
adat itu boleh jadi hukum...




3. har'ta'

contohnya

maka harta juga diperlukan
wang ringgit jadi pertaruhan
ada yang tidak mintak pada pesakit
tapi minta pada pusat rawatan
memberikan saguhati dari tabungan

ada juga mengenakan caj
kononnya kerana risiko mendatang
lupa dia kisah hamba Allah
kalah kerana duit di bawah sejadah yang tidak dijelmakan


ilmuperubatanislam@gmail.com

No comments:

Post a Comment