Tuesday, March 3, 2015

Bertaaruf Dengan Penyakit Sebelum Mengatasi Gangguan & Saka

Assalamualaikum wbt.


Ramai yang mengabaikan prinsip berkenalan atau bertaaruf dengan penyakit terutama penyakit berkaitan gangguan , baik gangguan biasa mahupun sedegil-degilnya seperti saka

Mengapa perlu berkenalan?
Pepatah melayu menyatakan, tak kenal maka tak cinta.
Dah kenal, barulah mesra.

Bukan ertinya penulis menyuruh bermesra dengan penyakit.
Tapi bukankah bila perawat terlibat dengan penyakit,
perawat tersebut sedang bersenda-senda, bermain-main, dan bertepuk tampar dengan pesakit.

Sebagai contoh, 
Di hujung kampung terdapat sekumpulan pemuda nakal
sering mengganggu anak dara yang lalu dihadapannya
sehingga menimbulkan ketegangan
walaupun telah ditegur berulang kali, makin menjadi

maka masalah diadukan kepada ketua kampung
ketua kampung, seorang yang dikenali dan disegani
disegani dan dihormati oleh pemuda-pemuda tersebut.
kerana kepandaian bersilat, pandai mengambil hati.
walk the talk kata orang jawa\
kerana dari kecil hingga membesar mereka di depan ketua kampung
segala rahsia, kecil dan besar, diketahui ketua kampung

dengan datangnya ketua kampung tersebut,
pemuda-meuda tersebut terus berhenti menganggu
bila diminta ketua kampung supaya tidak lagi berkumpul disitu, terus tidak hadir
dan tidak datang kembali


cuba yang datang itu wakil rakyat
walaupun pangkatnya lebih tinggi
tapi tidak dihormati oleh pemuda tadi
tidak mungkin akan berlalu pemuda tadi, 
jikapun berlalu, tetapi akan patah kembali.
kerana tiada hubungan
tidak kenal pemuda tersebut.
datang sekali- sekala

respect is to be earn, 
not to be demand

rasa hormat itu didapati 
bukannya diminta..


maka begitulah... perawat hendaklah bertaaruf dengan penyakit
samada memperkenalkan diri atau diperkenalkan

maka, taaruf dengan penyakit mempunyai empat tingkatan

1. penyakit tidak kenal perawat, perawat tidak kenal penyakit
2. penyakit tidak kenal perawat, perawat kenal penyakit
3. penyakit kenal perawat, perawat tidak kenal penyakit
4. penyakit kenal perawat dan perawat kenal penyakit.


untuk peringkat pertama, perawat ini perawat jahil
barangkali .. belajar dari buku
atau meniru-niru
tidak mengikut sistem yang ada
maka ikthiarnya itu, terpulang pada Allah 

untuk peringkat kedua,
perawat mempelajari ilmu dan teori
tetapi perawat kurang beramal..
sekadar mengetahui teorinya... 
atau baru belajar
biasanya diperlekehkan oleh gangguan..
tidak mengapa.. boleh berusaha lagi..

peringkat ketiga.. orang ini org beramal
mungkin tidak mempelajari spesifik ilmu
tapi kerohaniannya tinggi

peringkat keempat, mereka yang belajar dan beramal..
penyakit segan dengan perawat, kerana amalan
dan lebih penting mereka kkenal penyakit
maka tipu helah terang-terang diketahui


Carilah perawat keempat dan ketiga
kedua itu dengan syarat, dianya berada dibawah pemerhatian seorang guru
bukanlah yang hadir kelas sehari tetapi terus merawat tanpa pemerhatian
ini kerana pada kesemua mureed mestilah ada seorang mursyeed.



Barulah masuk bab taaruf
Bagaimana hendak bertaaruf

Antara ciri-ciri mereka yang bertaaruf ialah banyak atau tidak meninggalkan amalan membaca surah al-jin, dan banyak berzikir antaranya ya 'alim dan...........................




ilmuperubatanislam@gmail.com

No comments:

Post a Comment