Thursday, April 25, 2013

Penggunaan Air Dalam Rawatan


Di dalam perubatan Islam, air merupakan salah satu komponen penting walaupun hakikat sebenarnya ianya bukanlah suatu kemestian. Ini kerana di dalam perubatan Islam, komponen utama ialah Doa pada Allah s.w.t.. Yang terbaik ialah doa-doa menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa-doa daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Para ulama' menggunakan air dengan dalil dibawah.

Dan daripada air, Kami jadikan segala hidupan. (Al-Anbiya 21 : 30)


Di dalam Ilmu Fiqah, ulama telah membahagikan air kepada beberapa kategori, iaitu

1. Air Suci Lagi Menyucikan
 a) Air Mutlaq ( Segala air yang keluar dari bumi dan turun dari langit)
 b) Air Musyammas (Air yang disimpan didalam bekas besi dan terdedah pada cuaca panas)
 
2. Air Suci Tetapi Tidak Boleh Menyucikan
a) Air Musta'mal - (contoh bekas air wudhu' atau air mandi wajib )
b) Air Muqayyad - ( contoh : air sirap, air tin)
 
3. Air Mutannajjis - Air Yang Bercampur Dengan Najis


Di dalam perubatan Islam, air yang digunakan didalam rawatan ialah air Mutlaq walaupun kadang-kadang ada beberapa keadaan air Musta'mal digunakan. Contohnya rawatan untuk anak yang degil dan keras hati, maka bekas air wudhu' (Air Musta'mal) kedua ibu bapanya dikumpulkan, di doa dan dimandikan anak tersebut. Daripada pengalaman ianya sangat mujarab


Berikut ialah turutan air yang sering di gunakan di dalam perubatan


1. Air Zam-Zam
2. Air Hujan Malam Jumaat
3. Air yang telah dibacakan surah Yassin lebih daripada 40 orang
4. Air Kolah 7 Masjid
5. Air Sungai
6. Air Telaga / Mata Air
7. Air Embun




No comments:

Post a Comment

Post a Comment