Penulis buku ini bukanlah calang-calang orang, iaitu Tn. Hj. Mokhtar Kassan, merupakan Pakar Rujuk Rawatan Santau Darussyifa' dan En. Azizan Ramly (rakan seperguruan teman ni :P ). Buku ini disemak oleh tokoh yang tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Prof. Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz.
Perancangan asal buku ini akan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan di susuli dengan forum tetapi apakan daya, Perdana Menteri Malaysia telah membubarkan parlimen dan Pilihanraya Umum ditetapkan pada hujung minggu tersebut, maka Dato' Haron Din terpaksa membatalkan saat-saat akhir untuk memberi tumpuan pada kawasan beliau bertanding Parlimen Arau, Perlis. Ada hikmahnya juga, kalau tidak dikhuatiri ketibaan Dato' Haron Din di PWTC pasti disambut oleh laungan takbir oleh penyokong dan pendokong beliau yang sudah pasti menyebabkan kegusaran dan kebimbangan di pihak lawan sebagaimana kehadiran Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi di Putrajaya minggu sebelum itu. Tak dapat dibayangkan suasana begitu :P
Perancangan diteruskan juga, maka forum tersebut diganti oleh Tn. Hj. Mokhtar Kassan dan Ust. Abdul Razak Mahdi, iaitu AJK Darussyifa' Pusat yang juga merupakan Pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi. Alhamdulillah , gandingan mantap dan banyak persoalan terjawab cuma masanya terlalu pendek untuk mengupas tajuk yang terlalu besar.
Alhamdulillah , buku tersebut dikatakan telah dicetak melebihi 10ribu naskah dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh negara atau secara online di Book Cafe Online atau boleh dibeli terus dari penulis di Facebook
Foto : Ciplak Dari Facebook Penulis Azizan Ramly
Perasmian oleh Tn. Hj. Mokhtar Kassan diperhati oleh Ust. Razak Mahadi dan Pengerusi Majlis
Forum Mengenai Buku Santau
En. Azizan Ramly, Ust. Razak Mahadi, Hj. Mokhtar Kassan, Moderator dan En. Imran (Pengurus PTS)
Dato' Dr Haron Din Mempromosi Buku Santau Di Kelas Darussyifa
Saya nak tanya ....kalau beli buku2 perubatan islam dikedai2 ni boleh ke beramal?....sebab saya ada terbaca mengenai ijazah...apa kesannya kalau belajar beramal tanpa ijazah dari guru....sbb saya ada beli buku ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat ayat2 dan doa2 mustajab......tp didalam tulis perlu mendapat ijazah guru dan sebagainya.....tp dijual umum....mohon penerangan
ReplyDelete