Wednesday, May 29, 2013

Buku 'Kaedah Rawatan Santau'



Alhamdulillah, pada 30 April 2013 yang lepas, sebuah buku yang pada perkiraan saya sangat memberi manfaat telah pun dilancarkan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 2013). Buku bertajuk Kaedah Rawatan Santau : Ketahui Cara Rawatan Langkah Demi Langkah diterbitkan oleh PTS Publication Sdn. Bhd.

Penulis buku ini bukanlah calang-calang orang, iaitu Tn. Hj. Mokhtar Kassan, merupakan Pakar Rujuk Rawatan Santau Darussyifa' dan En. Azizan Ramly (rakan seperguruan teman ni :P ). Buku ini disemak oleh tokoh yang tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Prof. Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz.

Perancangan asal buku ini akan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan di susuli dengan forum tetapi apakan daya, Perdana Menteri Malaysia telah membubarkan parlimen  dan Pilihanraya Umum ditetapkan pada hujung minggu tersebut, maka Dato' Haron Din terpaksa membatalkan saat-saat akhir untuk memberi tumpuan pada kawasan beliau bertanding Parlimen Arau, PerlisAda hikmahnya juga, kalau tidak dikhuatiri ketibaan Dato' Haron Din di PWTC pasti disambut oleh laungan takbir oleh penyokong dan pendokong beliau yang sudah pasti menyebabkan kegusaran dan kebimbangan di pihak lawan sebagaimana kehadiran Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi di Putrajaya minggu sebelum itu. Tak dapat dibayangkan suasana begitu :P

Perancangan diteruskan juga, maka forum tersebut diganti oleh Tn. Hj. Mokhtar Kassan dan Ust. Abdul Razak Mahdi, iaitu AJK Darussyifa' Pusat yang juga merupakan Pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi. Alhamdulillah , gandingan mantap dan banyak persoalan terjawab cuma masanya terlalu pendek untuk mengupas tajuk yang terlalu besar.

Alhamdulillah , buku tersebut dikatakan telah dicetak melebihi 10ribu naskah dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh negara atau secara online di Book Cafe Online atau boleh dibeli terus dari penulis di Facebook


Foto : Ciplak Dari Facebook Penulis Azizan Ramly




Perasmian oleh Tn. Hj. Mokhtar Kassan diperhati oleh Ust. Razak Mahadi dan Pengerusi Majlis


Forum Mengenai Buku Santau



En. Azizan Ramly, Ust. Razak Mahadi, Hj. Mokhtar Kassan, Moderator dan En. Imran (Pengurus PTS)



Dato' Dr Haron Din Mempromosi Buku Santau Di Kelas Darussyifa


 

Plat Cenderahati Kepada Dato' Dr Haron Din.


Wednesday, May 1, 2013

Penggunaan Air Dalam Rawatan - Air Kolah Masjid


Bismillahirrahmanirrahim...



Setelah sekian lama sejak turun-temurun air kolah masjid telah digunakan untuk tujuan rawatan. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, penggunan air kolah masjid mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak, kononnya penggunaan air kolah tidak 'hygenic' atau kotor. Malah diperbesar-besarkan penggunaan air kolah boleh menyebabkan cirit birit, penyakit berjangkit ataupun penyakit kulit

Antara hujah-hujah penggunaan air kolah masjid ialah seperti berikut

Pertama, Penulis dalam tulisan sebelum sudah membicarakan berkenaan air didalam hukum fiqah. Air Kolah boleh dikategorikan ke dalam air mutlaq iaitu air suci lagi menyucikan. Maka, sekiranya ianya boleh dibawa bersuci, maka tidak salah untuk menggunakan tujuan berubat.

Kedua, mari bayangkan apabila seseorang ingin mengambil wudhu, maka kebiasaanya orang tersebut akan membaca Basmallah, maka kita bayangkan air kolah itu , dalam seminggu maka berapa kali kalimah basmallah dibacakan ke atasnya. Dan kadang-kala kita tidak dapat menjangka siapa yang membaca Basmallah, boleh jadi mereka yang dikasihi Allah. Maka bertambah-tambah barakah air kolah tersebut

Ketiga, air kolah masjid juga terdedah kepada bacaan-bacaan azan, bacaan-bacaan Al-Qur'an, zikir-zikir dan kata-kata yang baik, maka air tersebut menjadi air yang baik, yang telah didoakan.
Maka air seperti ini mempunyai hikmahnya untuk tujuan rawatan.


Penggunaan air kolah masjid

Maka air kolah masjid boleh digunakan untuk merawat gangguan seperti gangguan, jin dan sihir.

Sebaik-baik nya air kolah tersebut dikumpulkan daripada 7 masjid berlainan ke dalam satu bekas lalu diruqyah.


Senarai Masjd Kolah Sekitar Lembah Klang




1.      Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan, Kuala Lumpur
2.      Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam
3.      Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Kg. Pandan, Kuala Lumpur
4.      Masjid Jame’ Pandan Jaya, Selangor
5.      Masjid Jame' Alam Shah, Jalan Pasar/Cochrane, KL
6.      Masjid Jame’ Kg. Bharu, KL
7.      Surau Jalan Damai (Baitul Aman), Jalan Ampang
8.      Masjid Jame' MINDEF, Jln Padang Tembak, KL
9.      Masjid Jame' Al-Akram, Dato Keramat, KL
10.  Masjid Jame' Muaz Bin Jaabar, Setiawangsa, KL
11.  Masjid Jame' Al-Redzuan Hulu Klang
12.  Masjid Jame' Bandaraya, KL
13.  Masjid Jame' Sg Cincin, Gombak
14.  Masjid Zakaria, BT 8, Jombak
15.  Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati
16.  Surau Nurul Muttaqin, Taman Melati
17.  Surau Pinggiran Sri Gombak
18.  Masjid Jame' Kg Nakhoda, Selayang
19.  Masjid Ar-Rahman, Universiti Melaya
20.  Masjid Jame' Sect 14, P.Jaya
21.   Masjid Jame' Mujahidin, Damansara Utama