Tuesday, September 18, 2012

Pemutus Ubat

Pada kali ini , teman hendak membincangkan berkenaan topik pemutus ubat, sebab teman jarang-jarang nampak topik ini dibincangkan di dalam blog-blog ataupun mana-mana forum perubatan.

Konsep tradisional mengenai putus ubat ialah seperti berikut


Bagi pengamal perubatan tradisional melayu, bagi pesakit yang telah sembuh, perlu putus ubat. Hal ini jika tidak 'putus ubat', sakit tadi akan berulang. Biasanya ketika ini juga, perawat tradisional akan mengadakan upacara 'memulang paku buah keras' kononnya untuk memulihkan 'semangat' pesakit.

Manakala bagi pesakit yang tidak sembuh, keadaan dimana seorang pesakit didalam rawatan seorang perawat tidak boleh bertukar/berpindah kepada perawat lain, sebelum menjalankan upacara putus ubat. Sekiranya hendak berpindah perawat, perlu 'putus ubat'.

 Ada pendapat mengatakan, tidak boleh berpindah pada perawat lain, terutama bomoh yang menggunakan in kerana jin bomoh tersebut membantu pesakit, kemudian bomoh baru menggunakan jin juga, maka pesakit akan mendapat 2 kesakitan. Ada yang berpendapat ini dilakukan kerana untuk kepentingan ekonomi bomoh tersebut.. Wallahualam


Jadi, apa itu sebenarnya pemutus ubat ?

Pada pandangan guru-guru saya, dan saya sendiri, pemutus ubat ialah seperti berikut

Sekiranya pesakit telaqh sembuh, maka Pemutus Ubat merupakan suatu upacara ringkas yang simbolik, dimana merasmikan atau meraikan pesakit tadi telahpun sembuh dari penderitaannya. Maka, perawat mendoakan penyakit tersebut tidak lagi berulang. Pesakit kemudiaannya menghadiahkan perawat sebagai tanda terima kasih. Orang melayu kan orangnya berbudi bahasa.

Manakala jika pesakit masih sakit dan hendak mencuba di tempat lain, ianya merupakan satu simbolik sebagai tanda terima kasih atas usaha perawat tersebut. Ianya lebih kepada adab dan sopan. Perawat tadi hendaklah berlapang dada, mendoakan pesakit.


Di dalam perubatan, terdapat 6 jenis penyakit khusus yang memerlukan kepada pemutus ubat, iaitu

  1. Barah/Kanser
  2. Kayap
  3. Patuk Ular / Racun Ular
  4. Sakit Gigi
  5. Besi/Paku Masuk Badan
  6. Santau
Mengikut kata-kata orang tua, sekiranya pemutus ubat tidak dijalankan, maka kesannya adalah seperti berikut, katakan Ahmad merupakan seorang pesakit kanser, dia telahpun sembuh, tetapi tidak putus ubat. Maka sekiranya Ahmad terkena sakit kanser kali -2, maka sakit itu akan menjadi lebih sukar untuk diubati dan akan mengambil masa untuk sembuh atau tidak sembuh langsung.

manakala, kepada perawat pula, contohnya Pak Ali, sekiranya tidak putus ubat selepas merawat Ahmad, maka sekiranya terdapat pesakit lain yang datang untuk mendapatkan rawatan kanser, maka ilmunya kurang mujarrab atau tidak setajam semasa merawat Ahmad tadi.

Dalam 6 jenis sakit diatas, sakit gigi yang paling istimewa, terutama bagi perawat yang menggunakan kaedah paku dan kayu tas atau memaku paku ke tiang kayu rumah. Sekiranya pesakit tidak putus ubat atau membayar, maka sakit tersebut akan berpindah kepada perawat.. Maka perawat tadi, sekiranya pesakit enggan atau tidak putus ubat, maka perawat perlu mencabut kembali paku tersebut, maka sakit itu akan berpindah kembali kepada pesakit.. menarikkan ?