Tuesday, May 22, 2012

Menghadapi Mangsa Rasukan

SENARIO RASUKAN

Dalam membantu mendoakan pesakit, kadang-kadang rasukan terjadi tanpa dirancang oleh perawat. Rasukan atau kesurupan terjadi apabila 'roh halus' mengawal pemikiran, emosi, tingkahlaku dan percakapan.

Orang yang kesurupan kadang-kala sedar apa yang mereka lakukan atau yang dituturkan tetapi tidak dapat mengawal tindak tanduk mereka. Hal ini menyebabkan mereka berada didalam tekanan  atau perasaan malu kerana sering diketawakan oleh keluarga, suami/isteri atau rakan-rakan yang meneman.
 
Rasukan hendaklah dihadapi dengan tenang walaupun pesakit agresif.. Mereka yang membantu mendoakan pesakit tidak boleh mengikut perasaan walaupun ditendang, dipukul, dihina atau diludah. Penulis kesal dengan sebahagian perawat yang berkasar dengan pesakit sehingga ada yang patah gigi akibat ditekan mulut, pecah kuku akibat dipicit dan lebam-lebam badan akibat ditekan.


Selain itu, keluarga pesakit akan beranggapan, sekiranya pesakit tidak kerasukan, maka perawat itu tidak 'power'. Walhal, doa perawat untuk pesakit adalah perkara utama didalam rawatan dan bukan kerasukan. Selain itu, jika pesakit kerasukan dan jin itu tidak mahu keluar, maka dilebelkan jin tersebut kuat dan bukan calang-calang.


PENDIRIAN PENULIS MENGENAI RASUKAN

Penulis berpendapat bahawa
  • Rasukan perlu dihadapi dengan baik, tetapi tidak perlu dilayan sehingga 1/2 jam, sejam dll.
  • Rasukan terjadi bukan kerana jin itu kuat dan gagah, tetapi kerana manusia tersebut berada didalam keadaan lemah samada zahir atau batin, jasmani atau rohani.
  • Pesakit merasuk pada sesetengah perawat. Ini mungkin kerana kekuatan rohani perawat tersebut atau kerana perawat tersebut berniat untuk menghadirkan rasukan tersebut.
  • Semasa menghadapi rasukan, mesej & dakwah Islam wajib disampaikan dalam keadaan ringkas dan padat dan serahkan urusan hidayah itu kepada Allah.
  • Pesakit perlu segera disedarkan (dengan izin Allah) dan serahkan urusan kesembuhan kepada Allah

 

IKHTIAR UNTUK MENGHADAPI RASUKAN

Bersambung...