Monday, February 13, 2012

Senaman Sebagai Kaedah Rawatan

Senaman boleh ditafsirkan sebagai latihan gerak badan untuk menyihatkan badan dan fikiran. Boleh dikatakan hampir semua masyarakat mempunyai senaman yang tersendiri. Masyarakat hindu dengan yoga, cina dengan taichi/qigong dan Jerman dengan Pilates. Didalam masyarakat melayu juga terdapat senaman seperti didalam persilatan atau dengan mengambil kaedah-kaedah pergerakkan haiwan seperti senaman kucing, senaman harimau dan senaman ular.


Contoh Senaman Di Dalam Buku 'Permata Yang Hilang'

Senaman dipercayai dapat melancarkan pergerakkan darah, menguatkan otot-otot, melembutkan urat-urat yang tegang dan dapat mencegah dan merawat penyakit-penyakit didalam badan seperti jantung, darah tinggi, dan tidak mustahil penyaki kencing manis/diabetes. Hal ini tidak mustahil kerana didalam senaman terdapat pernafasan. Dan didalam pernafasan terdapat rahsia-rahsia yang hanya diketahui oleh orang-orang yang tahu.

Selain itu, senaman juga dikatakan dapat mengubati atau merawat masalah berkaitan dengan lemah syahwat/lemah tenaga batin.

Penulis pernah mencuba beberapa jenis senaman,dan ternyata terdapat perubahan yang jelas. Antaranya tekanan darah normal, bacaan gula stabil, tidur yang optimum, badan terasa tegak, tapak kaki terasa membesar.

Dibawah penulis senaraikan antara tempat-tempat yang boleh dikunjungi untuk sama-sama bersenam untuk menjaga kesihatan badan.


1. Senaman Tua
(www.senamantua.org)


Sebahagian dari teknik senaman tua

Waktu : Setiap Rabu (9.30 mlm - 11.00 mlm)
Sabtu (3.30 ptg - 5.00 ptg)

Tempat : Majalah Seni Beladiri, Setapak

Tenaga Pengajar : Cikgu Azlan Ghani


Yuran : RM 70 pendaftaran RM 50 Bulanan





2. Qigong Hidayah


Pelatih sedang berlatih qigong


http://myqigong.blogspot.com/
http://www.alhidayah-medic.com/qigong-hidayah/qigong-hidayah

Waktu : Setiap hari sabtu kecuali sabtu minggu pertama (9,00 pg - 11.30 pg)

Tempat : Pusat Rawatan Syifa Al-Hidayah (Villa Bistari, Sg. Pusu)

Tenaga Pengajar : Zulhaidi Ahmad (Rakan Seperguruan Ashraf Muslim/Anak murid Hj Lokman)

Yuran : RM 100 sebulan

Zulhaidi Ahmad