Monday, January 30, 2012

Penyakit & Rawatan

Assalamualaikum wbt,

Menjadi lumrah setiap sesuatu di dunia ini sering berlawanan. Seperti manusia yang sihat, kadang-kadang diuji dengan kesakitan atau penyakit, untuk tidak lain mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan melahirkan rasa syukur kepadanya.

Penyakit dikenalpasti melalui gejala-gejala yang timbul. Sebagai contoh, migrain - kepala sakit dan berdenyut, demam - suhu badan berubah , kencing manis -gula di dalam darah dan urin, batu karang - sakit ketika membuang air, terasa sakit di buah pinggang. Bagaimanapun, tidak setiap masa kita dapat mengenalpasti penyakit tersebut daripada gejala yang timbul. Sebagai contoh, masalah kulit tetapi punca nya ialah Penyakit Kelamin (STD@Sexual Transmit Disease)

Penyakit juga dibahagikan kepada pelbagai kategori iaitu
  • penyakit fizikal
  • penyakit rohani
  • penyakit mental

Seorang perawat (doktor, tabib, dan pawang) hanya mempunyai dua pilihan, iaitu merawat penyakit tersebut iaitu penyakit tersebut dicabut hingga ke 'akarnya' mengikut ilmu yang dipelajari atau mengawal penyakit tersebut melalui ubat-ubatan (herba, ubat kimia) ataupun perubahan cara hidup (lifestyle) seperti diet (kawalan makanan), berpantang, senaman (regangan atau pernafasan), zikir-zikir, mantera dan jampi atau sebagainya.

Setiap bangsa di dunia mempunyai sistem tersendiri untuk merawat penyakit. Antara sistemnya ialah seperti berikut

  • perubatan allopathy - pembedahan, ubatan kimia, terapi hormon dan sebagainya
  • perubatan cina - sensei (herba), akupuntur, bekam, senaman (taichi, qigong)
  • perubatan melayu - urut, senaman (senaman tua, senaman silat), bekam, mantera, jampi
  • perubatan india - ayurveda (herba), senaman (yoga), mantera
  • perubatan islam - merangkumi semua perubatan yang diiktiraf oleh syara' beserta bacaan- bacaan ruqyah dari Al-Qur'an dan Al-Hadith


Di Malaysia, masyarakat Islam khususnya bertuah kerana terdapat pelbagai kaedah rawatan yang dapat dicuba untuk merawat penyakit

Wednesday, January 25, 2012

Sambungan.. Kritikan Pada Blog Klinik Muallij

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, ambo tengok bahasa kawan kita ini lunak sedikit.. Walaupun, teman tengok kawan kita ini delete komen teman dalam blog dia. mungkin tidak mahu meraikan pendapat berbeza dari pendapatnya.

Bagaimanapun, masih lagi dipertahankan kritikan beliau pada pendapat maksud Syeikh Daud Al-Fatani adakah maksud tahi anjing itu secara direct translation (bahan buangan anjing) ataupun bermaksud pokok tahi anjing.

Jadi, nak bagitahu kawan kita beberapa perkara. teguran ini dibuat setelah dipertimbangkan kewajarannya.

Pertama

Kritikan mengikut Dewan Bahasa bererti

2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke­burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu.


Tuan Klinik Muallij,


Pertama

Untuk maqam enta, enta nak kritik syeikh daud patani jauh panggang dari api. Kalaulah miker gatal sangat nak menulis, sebaiknye ikut contoh teman bagi ni.. kalau teman jadi miker, teman akan tulis 'ulasan pada kitab sekian2', dimana ulasan itu adalah lebih lunak didengar. Sbb ikut DBP huraian bererti tafsiran tentang sesuatu perkara, bku huraian isi buku. Jangan terikut-ikut dengan penulisan-penulisan Dr. Maza kritik2 ni... Ulasan, kalau maksud syeikh daud fatani, pokok tahi anjing takde masalah.. kalau maksud tahi anjing betul, ade perbezaan pandangan.. sekian2.. kesimpulan, saya cenderung ambil pendapat,tanpa prejudis sekian, sekian...... tu barulah beradab dengan ulama'


Kedua.

Enta sebut zhon, zhon.. husnu zhon.. suu'u zhon.. miker sendiri dalam penulisan miker ada tak husnu zhoon dengan syeikh daud.. ni ulama' muktabar alam melayu ni syeikh, dikaji orang penulisannya bertahun-tahun. anak muridnya dicari-cari... kalau enta ade husnu zhoon, enta mesti ade bagi macam ada maksudkan dalam pertama tadi.. miker berprasangka dengan syeikh daud..

Sebabnye teman dah sebut, dalam kitab dulu-dulu, bila bab-bab herba, memang tidak disebut perkataan 'pokok' di depan, sebab tabib-tabib, muallij-muallij dah serba tahu.. bila sebut ni merujuk pada pokok, bila sebut macam ni, merujuk pada bukan herba (perkara sebenar).. sangkaan seperti ini lebih husnu zhoon (sangkaan baik) pada syeikh daud al-fatani... tu sebab elok perkataan ulasan, daripada perkataan kritikan. kalau salah pun, tidaklah seteruk benar mengkritik..

contohnya seperti berikut

i.tanduk rusa - pokok tanduk rusa
ii. misai kucingh - pokok misai kucing
iii. misai harimau - pokok misai harimau..


Ketiga.


"Ubat bagi penyakit gatal pula sebagaimana yang telah dicuba ialah ambil sedikit tahi anjing yang putih, dicampurkan dengan belerang dan dihancurkan serta disapu di tempat-tempat gatal, nescaya akan hilang gatalnya."


Tuan Klinik Muallij,

Dibawah saya pamerkan gambar tahi anjing untuk kita perhati sama-sama, yang mana yang tahi anjing yang putih tu... cuba tunjuk kat mana dlm gambar.... saya nampak semua hitam/coklat.. mana yang putih tu? jadi perawat ini, selain daripada sifat ikhlas, kena ada sifat bijaksana, tajam pemerhatian.. sesuka hati je cakap perubatan orang siam begitu, setakat yang teman tanye pada guru google, tak jumpa lagi 'thai medication using dog waste/shit'...

Kesimpulan...

Jangan pening2.. tak pasti, tak faham, keluarkan aje... banyak lagi kaedah rawatan boleh guna.. delete je post tu, okeh ?






Tidak dinyatakan dengan jelas adakah itu tahi anjing atau pokok tahi anjing (dipanggil rumput tahi babi, ara batu, selasih dandi, sianggit, tambuk-tambak jantan yang menjadi ubat untuk menyembuhkan penyakit siflis dan cirit-birit. Daunnya disapu pada luka-Iuka kecil, bengkak, seliuh dan bisul di badan selain dibuat ubat cirit berdarah begitu juga bunganya yang berwarna biru). Tidak dinyatakan 'pokok' atau 'bunga' atau 'akar' pada kalimah tahi anjing itu. Tidak pula disebut "Pokok Ekor Anjing" yang menjadi ubat jerawat". Ada antara Ustaz di pondok berselisih hal ini, ada yang mengatakan pokok tahi anjing, ada juga mengatakan tahi anjing yang mana terdapat rukhsah untuk menjadikannya ia penawar sakit kulit. Allah telah mencela persangkaan (zhon) yang tidak kuat (marjuh) dalam banyak ayat, diantaranya: firman Allah

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran (Yuunus : 36)

Yang jelasnya, itulah tahi anjing iaitu sejenis najis dari haiwan kerana ianya kaedah pengubatan orang siam di Thailand. Oleh itu saya lebih cenderung dengan huraian yang menyokong bahagian daruratnya kerana tidak mengambil persangkaan.

Saturday, January 21, 2012

kritikan kepada blog klinik muallij mengenai post

Assalamualaikum wbt,

Saya terkejut bila membaca komentar tuan empunya blog Klinik Muallij mengenai kritikan terhadap karya Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani iaitu Kitab Furu' Al-Masa'il wa Usul al Wasa'il yang telah dimudahcara, yang disusun semula dan dibukukan oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz lebih 760 muka surat di mana buku ini telah diiktiraf oleh dua mufti iaitu Mantan Mufti Johor (Dato Noh Gadot) dan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Md Hashim Yahaya.

Besar 'teguran' sahabat kita ini kerana ianya melibatkan 'alim besar.. syeikh daud fatani yang masyaAllah ,bukan kecil-kecil ulama' , ataupun ulama' celup jadi-jadian.. kemudian mufti lagi.. ldato hasan din al-hafiz lg...

Buku ini saya pun tak beli, tapi bila terbaca komen kawan kite.. haippp... dah terkeliru kawan kite.. awal2 ckp, tujuan penulisan ini bukan untuk membuka aib tapi hendak membetulkan kekeliruan kekeliruan 'sahabat' kita. .yg keruh kita buang, yang jernih kita amik.. ok?
________________________________________________________________

Dipetik dari blog kawan kite

Kaedah Mengubat Penyakit Gatal

Terdapat satu kekeliruan timbul iaitu Kaedah Mengubat Penyakit Gatal pada para iii iaitu:

"Ubat bagi penyakit gatal pula sebagaimana yang telah dicuba ialah ambil sedikit tahi anjing yang putih, dicampurkan dengan belerang dan dihancurkan serta disapu di tempat-tempat gatal, nescaya akan hilang gatalnya."

Awal mula pertama mula, saya kemukakan hadis larangan berubat dengan benda haram.

http://klinik-muallij.blogspot.com/2012/01/kritikan-kaedah-pengubatan-sakit-kulit.html
_________________________________________________________________


Punca kekeliruan 'kawan' kita ni agak2nya.. mengaji kitab klasik sorang2...
x belajar manhaj kaedah nak baca kitab2 perubatan klasik
tu yang 'lurus' je tu. jangan marah ye tuan... teguran..

pada mereka yang mengkaji kitab2 perubatan melayu klasik,
memula kena faham zaman mana buku ini ditulis
kedua kena kenal manhaj penulisan tersebut
ketiga kena kenalpasti keadaan sekeliling zaman itu...

dlm buku perubatan melayu klasik
kita akan jumpa bahan-bahan rawatan pelik2..
contoh nye tahi anjing, tahi babi, taring pelanduk dan macam2 lg..

kebanyakan bahan2 tersebut bukan makna terus, direct translation,
kalau tahi anjing, bkn tahi anjing...
tapi maksudnya pokok tahi anjing..
taring pelanduk, bkn taring pelanduk betul (pelanduk ade taring ke ?) tp maksudnya pokok taring penaduk
penulis tak tulis pokok depan, sbb zaman tu, semua tobib2, muallij2 , paham...
zaman la ni.. x tulis pokok xpaham..

mcm kite la.. cntik tahi ayam atas pokok tu..
org biasa eh.. mcmn ade tahi ayam atas pokok
rupe2 nye bunga tahi ayam...

atau contoh lain, untuk merawat sakit darah tinggi
ambil misai kucing, rendam dalam air panas dan minum airnya
kalau baca sendiri2, memang confirm, semua kucing kt malaysia takde misai...
dah org buat ubat darah tinggi
tapi maksudnya ambil pokok misai kucing...
rebus daunnya atau daun dan bunga2 sekali...
minum air nya...

balik kisah pokok tahi anjing.. pokok ni kadang2 dikenali juga dengan pokok tahi babi atau nama scientificnya Ageratum conyzoides.. selamat ade kawan kite yang ambil gambar.. dapatlah kita bela syeikh daud fatani..

sy tak tipu punye.. boleh masuk lmn sesawang dewan bahasa dan pustaka...

http://sbmb.dbp.gov.my/prpm/Search.aspx?k=%27tahi+anjing%27

senarung kambing...
sj tumbuhan (herba), ara batu, selasih dandi, sianggit, tahi anjing, tambuk-tambak jantan, Ageratum conyzoides.

__________________________________________________________________

dipetik daripada : http://hatiberdetikdanberbisik.blogspot.com/2010/12/rumput-tahi-babi.html






Tumbuhan ini nama saintifiknya Ageraratum conyzoides digelar rumput tahi babi kerana mudah tumbuh di kawasan kotor seperti di tepi kandang ternakan. Ia cepat membiak di tanah lembab dan lapang, di dalam kebun serta di tepi jalan dan menjadi rumpair. Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama rumput tahi anjing, rumput jalang, selasih dandi dan banyak nama lain. Batangnya kurang dari setengah meter tinggi, daun berbentuk lonjong dan bunganya berwarna putih atau ungu muda.

Akar dan daun pokok ini digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Rebusan akar pokok jika diminum dapat menurunkan panas badan dan cirit birit. Rebusan daun muda yang telah dikeringkan yang bersifat anti toksik dipercayai dapat mengubati malaria, menyembuhkan luka dalam rahim, mengawal pusingan haid serta masaalah haid yang kronik.

Pes yang dibuat dari daun yang ditumbuk lumat dan kapur sirih apabila disapu pada perut dapat melegakan sakit perut. Pes ini juga boleh megubati luka-luka kecil, kudis dan bisul.
Selain itu jus yang telah diperah dari daun dan batang rumput kemudian dititikkan ke dalam telinga dapat mengubati penyakit dalam telinga.

________________________________________________________________

kesimpulan atau pengajaran....

1. jangan mudah melatah
2. baik sangka, terutama pada para ulama... org2 sprti ust hassan din xkanlah tidak akan tegur kalau berlaku yang salah.. mereka mungkin ambil pendekatan berdiam diri kerana 'maqam' syeikh daud fatani dlm ilmu-ilmunya.. ataupun diorang tahu, tp diorang xperasan ramai yg xtau..
3. tanyalah pada orang yang lebih arif kalau tidak tahu.. paling kurang boleh google :D gurau je ni..tp yelah,zaman skrg maklumat di hujung jari
4. jangan mengkaji buku2 klasik sorang2.. kata ust ismail kamus, buku2 org2 alim ini hanya boleh dibaca oleh org yg alim juga. kdg2 org alim ini, alim pd fiqah blum tentu alim pada ilmu tobib.
5. insyaAllah kita boleh hantar surat/email kepada telaga biru.. minta ditulis nota kaki.. untuk elakkan ade org lain salah sangka...
6. dh tersalah tegur ulama'2 cm syeikh daun fatani, ust hassan din nak buat cmne? pikirkanlah sendiri
7. terima kasih pada tuanpunya blog, dpt ilmu br utk rawat sakit kulit :)
8. mungkin nnti tuan punye blog terjumpa lagi banyak kekeliruan dalam buku tersebut.. igt step 1,2,3,4...

wallahualam

__________________________________________________________________

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah


KETOKOHAN Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang penulisan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Ini dapat dilihat melalui karya-karya peninggalan beliau dalam pelbagai bidang, seperti mana yang telah dibicarakan sebelum ini.

Malahan melalui karya-karya beliaulah, maka dapat dilihat sejauh mana pandangan-pandangan beliau dalam pelbagai bidang tersebut. Pandangan-pandangan beliau tersebut dibahagikan kepada beberapa bidang-bidang yang khusus, di antaranya dari segi fikah, usuluddin, tasauf, hadis dan politik.

Pandangan tentang fikah

Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani di bidang penulisan fikah diakui oleh semua lapisan ulama di alam Melayu bahkan oleh ulama-ulama Arab sendiri.

Dalam majalah Dian halaman 103, November 1977, Auni Haji Abdullah menulis: “Di abad ke 19 Masehi pula muncul seorang ahli di bidang fikah dan penulisan yang giat dan produktif sekali, iaitu Sheikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fathani.

“Beliau salah seorang ulama fikah Syafie yang berpengaruh besar kerana kitabnya Minhajul Abidin. Beliau juga menghasilkan dua karya fikah yang penting dalam perkembangan fikah di rantau ini, iaitu Furu’ul Masail dan Bughyatuth Thullab. Sebenarnya karya fikah Sheikh Daud al-Fathani bukan hanya dua namun ada lagi yang tebal antara lain Hidayatul Muta’allim (1244 H), Fathul Mannan (1249 H), Jawahirus Saniyah (1252 H) ………………"

Dalam kitab Hidayatul Muta’allim, Sheikh Daud al-Fathani memulakan mukadimah perkenalannya dengan hadis 40 menurut susunan beliau. Beliau menulis beberapa hadis yang ada hubungan dengan fikah, antara lain katanya: “Ketahui olehmu bahawasanya menunjukkan beberapa hadis ini supaya memberi ketahui akan kamu bahawasanya orang yang menghafal beberapa masail fiqhiyah yang wajib kita amalkan itu pada makna ia menghafaz hadis jua hasil pahala mengajar dan belajar kerana bahawasanya ialah maksud daripada hafaz hadis.”

Sebagaimana diketahui walaupun Sheikh Daud al-Fathani adalah seorang tokoh fikah dalam semua mazhab, namun beliau sendiri adalah mengikut mazhab Syafie. Dalam beberapa kitabnya serba sedikit beliau sentuh riwayat hidup Imam Syafie terutama pada permulaan kitab Bughyatuth Thullab.

Pandangan tentang usuluddin

Sebagaimana pengetahuan fikah dan penulisan kitabnya, Sheikh Daud al-Fathani memegang peranan terpenting di dalam ilmu usuluddin juga. Tentang ilmu usuluddin dapat dibuktikan dengan peninggalan kitab-kitab besar dan tebal dengan ketinggian nilainya.

Malahan sehingga kini belum ditemui kitab usuluddin yang dikarang oleh ulama di Asia Tenggara melebihi karya-karya Sheikh Daud al-Fathani seumpama Warduz Zawahir. Kitab yang paling banyak tersebar di kebanyakan kedai kitab juga kitab yang penting ialah Ad Durrust Stamin (1232 H).

Selain karya-karya tertentu membicarakan masalah teologi seperti tersebut. Hampir semua kitab fikah karya beliau memuatkan tentang usuluddin tersebut pada permulaan kitab.

Di permulaan kajian, beliau membuat risalah-risalah kecil dalam memperkenalkan ilmu usuluddin. Memang banyak perkara seni dan indah yang dapat dipetik daripada pelbagai kitabnya, di samping bersifat terjemahan yang kadangkala terdapat juga perkara yang sukar diketemukan dalam kitab berbahasa Arab.

Dalam karyanya Jawahirus Saniyah, Sheikh Daud al-Fathani menjelaskan bahawa jalan yang sebenarnya itu hanya satu sahaja iaitu mengikut perjalanan Ahlus Sunnah wal Jamaah kerana keempat-empat imam itu adalah muafakat pada usuluddin walaupun terdapat pertikaian pada furu’ syariat.

Menurut beliau juga, hendaklah menjauhkan diri daripada membenci kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w., kerana tiada guna sekalian amal jika iktikadnya demikian itu. Bahawa sekalian sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan para tabien adalah seumpama bintang-bintang yang dijadikan pedoman di darat dan laut bagi orang melakukan perjalanan (musafir).

Kata beliau: “Ketahui olehmu! Hendaklah kamu jauhkan daripada bidaah seperti kaum yang sesat. Orang yang menyalahi Ahlus Sunnah iaitu bidaah namanya. Selain dari bidaah wajib dan bidaah sunat lontarkanlah ia daripada dirimu.

“Janganlah engkau dengar banyak perkataannya, kerana mereka orang yang buta mata hatinya iaitu tidak beroleh nyata melihat rahsia ilmu melainkan dia adalah di dalam kesesatan. Tiap-tiap yang mempunyai bidaah itu kalau dia mengaku berpengetahuan tinggi martabatnya seperti bintang Zuhal sekalipun janganlah didengar perkataannya itu.”

Pandangan beliau yang tersebut adalah dipetik dari kitab karyanya Jawahirus Saniyah di halaman 34- 35.

Pandangan tentang tasauf

Hampir setiap kitab fikah karya Shyeikh Daud al-Fathani di bahagian akhirnya dicantumkan perkara tasauf. Kitab tasauf yang tebal dan luas perbahasannya adalah Jam’ul Fawaid.

Daripada pelbagai kitabnya yang telah dikumpulkan, nampak jelas bahawa Sheikh Daud al-Fathani bukan sahaja sebagai seorang tokoh fikah dan usuluddin, tetapi boleh diklasifikasikan ke dalam tokoh tasauf yang ulung, juga seorang tokoh tasauf yang mengikuti haluan sunah seumpama halnya dengan Imam Ghazali.

Sungguhpun demikian, tidak dapat dikatakan bahawa Sheikh Daud al-Fathani adalah seorang yang tidak sehaluan dengan al-Hallaj, yang mana jika ulama Asia Tenggara iaitu Sheikh Hamzah al-Fanshuri dan Sheikh Syamsuddin as-Sumathrani.

Hal ini nyata benar pembelaan, jika diteliti karyanya berjudul Manhalush Shafi. Kitab Manhalush Shafi iaitu satu kitab di antara karya beliau yang memuatkan istilah-istilah percakapan orang-orang sufi mengikuti aliran tasauf Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi, al-Hallaj dan lain-lain.

Sungguhpun nyata bahawa di dalam kitab Manhalush Shafi adalah satu keterangan yang mendalam dan seakan-akan pembelaan Sheikh Daud al-Fathani terhadap golongan tasauf.

Dalam tahun 1240 H, Sheikh Daud al-Fathani menterjemahkan dua kitab tasauf yang penting dalam dunia Islam, iaitu yang pertama Minhajul ‘Abidin karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali dan yang kedua ialah Kanzul Minan karangan Ibnu Madyan.

Kitab Minhajul ‘Abidin terjemahan Sheikh Daud al-Fathani tersebut banyak dikaji di Asia Tenggara, manakala Kanzul Minan dahulunya banyak dikaji oleh masyarakat Melayu di Mekah.

Pada mukadimah terjemahan Minhajul ‘Abidin, beliau melahirkan kecintaannya terhadap tokoh sufi yang terkenal itu sebagaimana kata beliau: “Dan adapun kemudian daripada itu maka inilah terjemah bagi mu’allif r.a. iaitu penghulu kami Imam yang Alim Rabbani dan Arif Samadani ialah Quthbul Wujud yang mempunyai kasyaf dan syuhud yang dimasyhurkan antara ulama alam dengan ‘Hujjatul Islam’.

Bahawa dia tempat mengambil dalil untuk menyampaikan ke negeri ‘Darus Salam’. Dia bernama Abdul Hamid bin Muhammad al-Ghazali Ath-Thusi. Bahawa beliau adalah seorang imam yang sangat besar kemuliaan namanya, karangannya dan lain-lainnya. Dalam ilmu fikah dia adalah asal yang sangat besar, dia pokok sekalian kitab fikah, dialah asal kitab Syeikhaini (dua orang Sheikh): Imam Nawawi dan Imam Rafi’i, yang sangat istimewa ialah Ihya’ Ulumuddin yang menghidupkan hati yang mati…….”

Sebagaimana dengan beraninya Shyeikh Daud al-Fathani mengagungkan Imam Ghazali, demikian juga sikap beliau dengan tokoh tasauf bernama Syeikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani. Walaupun mutakhir ini ramai memandang remeh dan ada yang menyalahkan fahaman Syeikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani itu, bahkan beliau mengakui bahawa Sheikh Sufi tersebut adalah penghulu beliau.

Dalam permulaan terjemahan Kasyful Ghummah Sheikh Daud al-Fathani menulis: “Dan demikian apa yang disebutkan oleh Arif Billah lagi yang memberi petunjuk kepada jalan Allah yang mempunyai kasyaf dan tahqiq iaitu ‘penghulu kami’ Sheikh Abdul Wahhab asy-Sya’rani radiallahu anhu.”

Pandangan tentang hadis

Sehingga kini belum ditemui karya Sheikh Daud al-Fathani yang khusus membicarakan tentang hadis. Ini tidak bererti bahawa beliau bukan seorang ahli hadis, akan tetapi mungkin pada zaman beliau perkara ini masih kurang dibincangkan orang kerana pengaruh mempelajari kitab mazhab Syafie di bidang fikah dan fahaman Sheikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi adalah sangat tebal. Sehingga mengikut haluan Mazhab Ahli Sunah wal Jamaah lebih menjamin keselamatan.

Hampir semua kitab karya Sheikh Daud al-Fathani baik dalam fikah, usuluddin dan tasauf jarang-jarang membicarakan sanad dan rawi jika terdapat hadis di dalamnya. Ini kerana bagi beliau cukup memakai istilah ‘hadis’ atau ‘bersabda Nabi s.a.w.’ sahaja.

Kesannya Sheikh Daud al-Fathani adalah juga seorang ahli hadis yang dapat diketahui melalui beberapa tulisan beliau di antaranya dalam Jam’ul Fawaid. Beliau berpendapat bahawa beramal dengan hadis daif bahkan hadis batil sekalipun diberi pahala, apabila dia bersifat fadhailul amal.

Dasar beliau untuk itu ialah perkataan Jabir bin Abdullah r.a., sabda Nabi s.a.w: “Barang siapa sampai kepadanya dari Allah sesuatu daripada kelebihan maka dia mengambilnya serta mengharapkan pahalanya nescaya Allah memberikan yang demikian itu, jikalau tiada yang demikian itu (jika berita itu tidak bersumber daripada Nabi s.a.w.”

Setelah mengemukakan berbagai hadis tentang kelebihan menghafal 40 hadis seperti yang tersebut pada permulaan hadis 40 karangan Imam Nawawi, maka Sheikh Daud al-Fathani menulis dalam Hidayatul Muta'allim: “Ketahuilah olehmu bahawasanya beberapa hadis ini menunjukkan supaya memberitahu kepada anda tentang orang yang menghafal hadis yang fiqhiyah yang wajib kita mengamalkannya. Pada makna menghafal hadis pada hasil pahala dengan mengajar dan mempelajarinya kerana dia termasuk dalam makna hafal hadis.”

Selanjutnya beliau menulis lagi: “ Maka sekarang faqir hendak mendatangkan 40 hadis di dalam risalah ini, mudah-mudahan didapat sempena di dalam karangan beberapa hadis yang menyatakan fadilat orang yang menyampaikan 40 hadis kepada orang yang tiada sampai pengkhabarannya. Tetapi aku pungut daripada beberapa hadis yang disebut oleh al-Arif Billah Ash-Syeikh Abdul Wahhab Sya’rani di dalam kitabnya bernama Kasyful Ghummah an Jami'il Ummah, tetap sunyi daripada menyebutkan sanad-sanadnya sebab berkehendak ikhtiar.”

Salah satu contoh hadis 40 yang ditulis oleh Syeikh Daud al-Fathani adalah berikut: “Sabda Nabi s.a.w.: ertinya: “Tujuh perkara yang mengalir pahala kepada hamba sedang dia di dalam kuburnya sesudah matinya iaitu; orang yang mengajar ilmu pengetahuan, orang yang mengalirkan air sungai, orang yang menggali telaga, orang yang membuat masjid, orang yang meninggalkan pusaka Mushaf, orang yang menanam kurma dan orang yang meninggalkan anak yang meminta pengampunan baginya sesudah matinya.”

Hadis 40 Syeikh Daud al-Fathani yang dimuat dalam Hidayatul Muta‘allim itu pernah disalin dan dikumpulkan oleh seorang muridnya iaitu Muhammad Nuruddin bin Haji Abdul Ghafur al-Fathani. Manuskrip tulisan tangannya menyebut selesai menyurat pada hari Isnin 8 Rejab 1266 H.

Pandangan tentang politik

Mempertahankan Islam dengan erti kata yang benar sehingga tercapainya ‘Darul Islam’ yang menghendaki berlakunya undang-undang Islam yang termaktub dalam al-Quran.

Dalam karya-karya fikahnya, sebagaimana juga ulama-ulama lain yang dapat dibaca melalui perundangan-perundangan Islam termasuk masalah jihad fisabilillah yang nyata bagi orang Islam menggunakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. Selagi tidak kembali kepada hukum Allah, sudah pasti keamanan secara hakiki tidak akan terwujud di dunia ini.

Berdasarkan tulisan-tulisan Sheikh Daud al-Fathani melalui kitab-kitab Fiqh yang tebal, dapat dipetik beberapa pelajaran terutama dalam masalah negeri Islam yang dijajah oleh kafir menghendaki perjuangan seluruh umat Islam. Terutama umat Islam dalam negeri itu sendiri dan yang berdekatan dengan negeri tersebut juga.

Dalam persoalan tentang jihad sama ada ia wajib atau sunat, maka Sheikh Daud al-Fathani menjawab bahawa jihad itu adalah fardu ain jika kafir itu datang ke negara Islam.

Fardu ain itu dengan erti kata bahawa kewajipan terhadap semua umat Islam yang ada di negeri itu dan negeri berdekatan dengan negeri Islam yang dikuasai kafir.

Sekiranya ada orang Islam yang ditawan oleh kafir, wajiblah orang Islam lain berusaha melepaskan saudaranya yang terkena musibah itu. Juga berkewajipan atas orang Islam berusaha menolak pencerobohan terhadap perempuan-perempuan Islam.

Dalam Bughyatuth Thullab, Syeikh Daud al-Fathani menulis: “Dan setengah daripadanya perang sabil bagi kuffar yakni wajib Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau naik Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu atau diperbaiki akan kota yang di antranya dan antara negeri mereka itu serta diteguhkan dia dan ditaruhkan senjatanya dan orang yang menunggu padahnya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu.

“Maka hendaklah diperbuat akan salah satu daripada keduanya maka gugur fardu kifayahnya ini jika mereka itu tiada datang kepada negeri kita ini. Maka jika ia datang kepada negeri Islam maka jadilah ‘fardu ain’ atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu hingga perempuan dan sahaya orang.”

Sebagai penutup bahagian ini, disertakan kalimat-kalimat yang mempunyai hubungan dengan perkara yang dibincangkan ini, iaitu tulisan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani dalam Fatawal Fathaniyah.

Kata beliau: “Manakala lemah kita mendirikan sesuatu hukum syarak seperti rejamkan zani muhsan dan takut fitnah yang memudaratkan Muslimin yang tiada kuasa kita atas menolakkan nescaya gugur daripada kita wajib mendirikannya pada ketika itu, dan wajib atas sekalian Muslimin bersungguh-sungguh mencari jalan dengan tadbir siasat, belajar dan mengajar anak-anak kita akan segala wasilah bagi mendirikan segala hukum syarak daripada segala ilmu siasat dan ilmu syarak hingga dapat mendirikan dia seperti barang yang nyatanya.”

Thursday, January 19, 2012

Kusangka gangguan, rupa-rupanya...

Semalam sempat luang masa pergi ke rumah guru.
Ramai pesakit datang, tak kurang dari 30 orang.
Biasalah pesakit , macam-macam ragam
penerang hati, sakit pinggang, hubungan suami isteri kurang mesra.

nak bawa cerita, ada seorang pesakit terakhir
lelaki, berumur lingkungan 30'an
dibawa oleh ibu dan adik lelaki
kelopak mata kehitaman
bercakap sensorang
tubuh badan tersangat kurus
tidak keruan, bercakap seorang
tidak bekerja
selalu menjerit-jerit
dalam hati, gamaknya terkena santau

daripada sesi interview,
dapat tahu, dia ini seorang pendiam
suka simpan masalah sendiri
tidak lama bekerja, berhenti, bergaduh

guru senyum je..
terus ambil air, suruh pesakit pusing dan melunjur
doakan dari kepala ke badan.
sekian... sekian... tepuk2
suruh balik dan mandi..

guru memang tak banyak bercakap
melainkan kalau ditanya, barulah dia bersuara...
si ibu pun bertanya
Apa sakit anak saya ini ustaz?
Dah banyak tempat berubat tak sembuh2..
ramai cakap kena sihir.

guru senyum lagi
matanya bersinar
biasanya kalau macam tu, ada petanda nak kena 'smash'
guru diam.. susun ayat...

saya nak tanya, anak awak ni dulu penagih kan?
si ibu terdiam... tak terjangka soalan itu tertanya
yer, dulu .. dh lama tak hisap
guru pn jawab " tipu... tu kurap ade lagi, maknanya penagih lagi ni"
terdiam si ibu.... smbung guru
"saya tahu ni, sebab tgk muka die tak keruan, kurap ade di badan,
tak tersusun, cakap tak teratur... " ulas guru..
ibu menghirup nafas dalam "betul ust, tapi die dah lama berhenti,
cuma baru ni.. die keluar jumpa kawan2.. 3 hr tak balik, tau2 kena balai polis"
si adik " jadi abg saya ni bukan gangguan la yer ust... selama ini saya tertipulah yer"

guru senyum... pendek cerita, penagih dikatakan gangguan
tak pernah ku terfikir itu tanda2 penagih.. :)
ku senyum sorg2... tajam sungguh pemerhatian guru
walaupun umur sudah mencecah 70an...


-19 Januari 2012-

___________________________________________________________________




Pengenalan

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ).
Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam).

Penerangan

Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.


Asas Saintifik

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.


Faktor - Faktor Risiko

Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:


Faktor biologi

1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.


Faktor psikososial

1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.


Faktor sosial

1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.


2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.


Tanda- Tanda dan Gejala

Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:

a) Gejala fizikal

� Berpeluh

� Meremang bulu roma

� Pening kepala

� Menggigil (tremor)


b) Gejala psikologi

� Keresahan

� Insomnia - tidak dapat tidur

� Kerisauan

� Gangguan emosi dan perasaan


c) Gejala perlakuan

� Sentiasa ponteng kerja

� Penurunan prestasi kerja

� Digantung atau dibuang sekolah

� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan

� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam

� Mencuri



Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:


� Gangguan koordinasi

� Mata merah

� Insomnia - tidak dapat tidur

� Hilang selera makan

� Penurunan berat badan

� Kemurungan

� Cakap banyak

� Tidak dapat mengimbang diri

� Loya dan muntah

� Mengetap gigi dan rahang

� Peningkatan tenaga

� Kerap menggosok hidung

� Berpeluh berlebihan

� Mengantuk

� Menggunakan tandas terlalu lama

Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.


Komplikasi

Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.


Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.


Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.


Ujian - Ujian

Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.


Pencegahan

Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.


Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.


Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.


Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.



_______________________________________________________

Sumber: Penyalahgunaan Dadah, http://www.sioloon.com/informasi-isu-terkini-f157/penyalahgunaan-dadah-t8627.htm, yang diakses pada 20 Disember 2010.

Tuesday, January 17, 2012

Mukadimah

Salam mukadimah...

Perubatan Islam boleh didefinasikan sebagai ikhtiar mencari kesembuhan ilahi bagi mengatasi masalah rohani, jasmani dan mental dengan penggunaan ruqyah (jampi), bahan-bahan 'alami' serta isyarat-isyarat yang dibenarkan didalam lingkungan syara'

Blog 'Ilmu Perubatan Islam' ini bertujuan untuk menghimpunkan ilmu-ilmu perubatan merentas pemahaman aliran tradisi dan moden serta menghimpunkan buah fikiran penulis dalam perubatan islam. Ilmu-ilmu ini ditemui semasa penulis belajar ilmu-ilmu perubatan sebagai usaha memenuhi tuntutan fardhu kifayah bagi tujuan penawar bagi kegunaan sendiri dan keluarga. Allah mentakdirkan penulis bertemu beberapa penawar bagi pesakit lain. InsyaAllah akan dikongsikan mudah-mudahan memberi manfaat.