Tuesday, August 28, 2012

Kisah Rawatan 2 - Pesakit Was-Was

Salah seorang sepupu teman, telefon di saat-saat teman2 tengah nak balik dari office. Sepupu  teman minta teman datang ke rumah, katanya dia suami-isteri hadapi masalah.. Puas teman memujuk cerita dalam telefon, barulah sepupu ini mahu cerita.

Katanya suaminya (Abang Mat) susah hati, sehingga turun berat-badannya walau makan macam biasa. Asyik merunsing dan akhirnya menjadi was-was sehingga terganggu ibadah, sehingga berwudhu berulang-ulang kali, solat berulang-ulang kali dan sebagainya. Bila sepupu teman tanya emaknya, emaknya rujuk seorang 'perawat' di kampungnya, kata Abang sudah 'terkena'. Perawat tersebut tidak berjumpa atau menebual Abang Mat, sekadar bertanya nama dan melihat gambar.

Maka dipersetujui, malam tu juga teman pergi. Sebelum pergi, teman solat sunat minta petunjuk, mintak ilham. teman sambil-sambil membelek-belek nota buku perubatan teman. Yelah, kadang-kadang kita terlepas pandang. Kadang-kadang ada doa-doa khusus untuk dibaca. Ada ulangan-ulangan yang perlu diambil perhatian.

Sampai di rumahnya, maklumlah masih musim raya, teman jamahlah kuih muih, borak sikit sebanyak. Dah 'ice-breaking' kata orang mat saleh, baru lah teman mula bertanya soalan, bagaimana pergaulan suami-isteri, perubahan sikapnya atau masalah di tempat kerja.

 Selain daripada sakit yang diberitahu isterinya, Abang Mat ada gastrik, selalu sakit perut dan dada. Dan rupanya pesakit was-was ini beliau pernah kena masa sekolah, kemudian semasa menyambung pelajaran ke 'oversea', penyakit itu baik sendiri. Selepas berbelas tahun baru datang kembali. Lagi satu, Abg Mat dan isterinya mungkin umur dalam akhir 30-an tapi Allah beri rezeki dah sampai ke Mekah menunaikan haji.

Teman pun mulakan rawatan, minta pesakit buka baju. untuk 'confirm' kan dakwaan perawat yang kata 'terkena'. Pap bersepailah jatuh beberapa bentuk barang. Teman perhati barang-barang yang jatuh. Bukan.. Ini bukan barang yang kita jangka..

Maka teman pun mula mendoakan pesakit. Semasa doa, nampak gerakan halus di kelopak mata. Teman sentuh di belakang cuping telinga. Teman nampak muka pesakit kesakitan, katanya rasa seperti jarum dan pisau menusuk ke belakang cuping telinga. Teman teruskan doa sampai rasa tajam itu hilang dan tutup rawatan dengan doa dan sapu ke seluruhan badan sebagai tanda dan isyarat selain doa dan harapan pada Allah pesakit tersebut dilindungi Allah. Selepas isu, teman pun kaunseling sikit-sebanyak.


Pemerhatian / Diagnosis

  1. Teman perhati sakit Abang Mat ini berpunca daripada perasaan was-was, dan insyaAllah bukan berpunca dari 'buatan'
  2. Penyakit Abang Mat bertambah teruk kerana pemikirannya dirosakkan dengan dakwaan 'perawat' yang mengatakan dia terkena 'buatan'. 
  3. Sekiranya jika betul dakwaan tersebut, 'perawat' tersebut telah menambah penyakit pemikiran. Merawat 'pemikiran' yang rosak lebih sukar untuk diubati daripada penyakit rohani dan gangguan.
  4. Penyakit was-was berpunca daripada gangguan syaitan termasuklah jin-jin.
  5. Was-was boleh di bahagi kepada dua (2) iaitu was-was dalam ibadah dan was-was didalam aqidah. Didalam kes ini, pesakit dikategorikan dalam was-was didalam ibadah.
  6. Untuk mengatasi penyakit was-was, pendekatan kaunseling perlu dijalankan. Mengikut pengalaman ramai perawat, tanpa kaunseling penyakit was-was sukar untuk diubati.
  7. Semasa kaunseling , perlu ditekankan pada hukum. Sebagai contoh. 
  • Hukum mengambil wudhu' berlebihan, ialah suatu pembaziran seperti hadith nabi " Rasulullah s.a.w. memperlihatkan tiga kali tiga kali dan baginda bersabda "Itulah bilangan wudhu, maka sesiapa menambah dari itu atau mengurangkan maka ia telah melakukan keburukan dan kezaliman"
  • Pengulangan bacaan Fatihah didalam solat telah menambah bilangan rukun solat, maka solat tidak sah.
  • Dan sebagainya...

Doa-Doa

  1. Al-Fatihah
  2. Selawat Tafrijiyyah
  3. Lauanzalna
  4. 3 Qul
  5. Doa Penghindar Syaitan

No comments:

Post a Comment